Pages

Jul 5, 2016

SALAM AIDIL FITRI DARI KRU LIVERPOOLKITA


Pihak kru penerbitan Liverpoolkita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada semua peminat blog Liverpoolkita yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Kita kadang-kala kami menulis sedikit beremosi dan kadangkala ada fakta yang tak tepat dalam menulis isu dan cerita kelab yang kita sayangi ini. Di harap segala sila kata dan tulisan harap diampun maaf.

Bagi peminat Non-Muslim yang juga menjadi peminat blog ini, diucapkan selamat bercuti dan jika ada rakan-rakan muslim yang anda kenali diluar sana, tika saat inilah peluang beramah mesra dengan mengunjungi mereka dan kita harus tonjolkan perpaduan kaum di Malaysia dan seluruh dunia hendaknya. Di samping dapat bedal masakan Muslim yang korang jarang dapat rasa selalu.

Bagi yang sedang bergerak ke-kampung disaat-saat akhir ini. Rasanya kesesakan dah kurang dan tak perlu kalut-kalut nak balik kampung macam kampung nak lari. Jika memandu jangan terlalu memaksa jika letih atau mengantuk. Singgah R&R balun sejam dua kasi segar. Berhati-hati dijalanraya.

Mungkin kita yang bakal cuti beraya terlupa abam-abam dan akak-akan yang bekerja sepanjang raya ni. Terutamanya yang bekerja dalam pasukan beruniform. Kepada mereka tak lupa pengorbanan kalian tak ternilai demi kegembiraan orang lain.

Tak lupa sepanjang Hari Raya, blog Liverpoolkita akan berkumandang macam biasa. Sebab nak dekat-dekat raya ni macam-macam info nak keluar. Kita tertunggu-tunggu jadi tak Benteke nak ke Crystal Palace, jadi tak Zielinski atau Dahoud serta Neves masuk dan pastinya ramai nak tunggu adakah Moreno bakal jadi Bek Kiri utama lagi.

Apapun nantikan Liverpolkita versi Raya, sambil kunyah kuih dan baham ketupat. Nak letak ucapan selamat hari raya kat kometar bawah ni pun ok. Kalau boleh ceritakan beraya kat mana tahun ni.

12 comments:

  1. bang..slamat hari raya..maaf zahir batin yer..sy ni mmg rajin komen sbb sy support tulisan abg..so slamat brgembira n doakan yg trbaik utk smua..ynwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga dik. Kalau boleh letak nama. Baru boleh kenal. Nama samaran pun tidak mengapa. Guna nama sebenar atau nama panggilan seharian lagi baik.

      #YNWA

      Delete
  2. Sepanjang aku ikut blog nie,nie lah kali pertama bos aku nie taip panjang lebar pasal ucapan raya.terbaik lah bos...selamat hari raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Awang..
      hang pi mana.. pi mana..pi mana
      rindu la komentar bro yg gitu2..
      hahaa

      Delete
    2. Ade je bos.pc takde.nak komentar camne.lagipun bukan pandai sangat.setakat bekap2 boleh lah.sekarang nie nampak bos dah steady je.berlambak2 artikel.ok lah tu.

      Delete
    3. Pakai Tepon pintar pon boleh. donlod UC Browser. Dia mesra Blogger. Try Cuba Test tengok.

      Delete
  3. Selamat hari raya, maaf zahir batin semua...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum... Slmt myambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin utk supporter setia Liverpool Football Club...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mr Red. Selamat Hari Raya & YNWA

      Delete
  5. Ynwa..this year will be our year..win the epl

    ReplyDelete