Pages

Sep 15, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN CHELSEA

Memang janggal kenapa perlawanan diubah awal sehari dari hari sabtu. Nak kata kedua-duanya ada perlawanan Eropah memang taklah. Tapi bila kelebek jadual, baru tahu pertengahan minggu ni ada perlawanan Piala EFL dengan Derby County. Patutlah diubah rupanya tak mahu kelab komplen tak ada masa untuk persediaan. Jadi Liverpool akan melawat Stamford Bridge awal pagi sabtu waktu Malaysia. 

Memang salah satu perlawanan yang mencabar dengan Chelsea kali ini dibawah seliaan Antonio Conte. Ini bukan kali pertama bertemu Conte, kali pertama dalam perlawanan persahabatan kita dah tewas tipis 1-0. Jadi Klopp dah tahu selok-belok cara main Conte dan rasanya tak banyak berubah dari main susun bas versi Mourinho, tetapi beliau perkemaskan lagi dengan bas berhawa dingin.

Conte jenis pengurus bijak dan licik. Stail dan emosi di masa perlawanan berlangsung pun macam Klopp juga. Tetapi Conte seperti mana Klopp musim pertama, tak banyak buat perubahan drastik untuk Chelsea. Hanya beli pemain penting seperti N'Golo Kante dari Chelsea maka masalah Chelsea bermusim lepas hampir selesai. 

Mignolet
Clyne Lovren Matip Milner
Lallana Henderson Wijnaldum
Mane Firmino Coutinho

Klopp tahu camna nak guna Coutinho dan Sturridge musim ini. Perlawanan dengan pasukan tak berapa taktikal rasanya Sturridge memang berkesan. Tetapi kreativiti Coutinho memang sesuatu yang diperlukan untuk hadapi Chelsea yang bermain lebih bijak dalam setiap masa. Namun apa yang penting kena belajar dari kekalahan pra-musim untuk hadapi pemain seperti Costa dan Hazard yang kembali pulih dari kehambaran era-Mourinho.

Dengan serangan yang kita ada sekarang saya tak risau, peluang nak cari gol dimana sahaja. Mane, Firmino, Coutinho malah Lallana dan Wijnaldum mampu buat gol. Tetapi kita nak perbaiki situasi ketika bertahan dengan kerjasama berpasukan. Macam lawan Leicester nampak perubahan dah, kecuali kesilapan Lucas itu sangat luar biasa. Harap tak buat kesilapan sebab Chelsea kita fahamlah memang antara pasukan yang pandai ambil peluang bila lawan buat walaupun kesilapan kecil.

Saya dok andaikan nanti perlawanan pasti rancak. Pemain macam Costa pasti akan jadi tumpuan. Pemain tu bagus tapi perangai bangsat beliau, main secara kotor perlu diajar. Skrtel kalau ada memang makanan dia si Costa ni, tetapi Lovren dan Matip bukan kaki gaduh. Cuma harap Kapten Henderson gunakan teknik tenungan ala X-Men Cyclops untuk takutkan Costa.

30 comments:

  1. Sebenar nye penambahbaikan untuk chelsea tu lebih dari bas berhawa dingin.tengok lah game nanti.bas yang berhawa dingin dan 2 tingkat die bawak.bas 2 tingkat tu bro.

    Aku 1st komen.kite menang 1-0.

    ReplyDelete
  2. Knpa masih ltak mignolet walaupun golie no1 kita dah sembuh? Prlawanan ni mmng mncbar. Che 1-2 Liv.

    ReplyDelete
  3. Hantu Air 1-1 Burung Liver..
    rsa mcm nk seri.. tp klu mng Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Chelsea 3
    Liv 1
    -stan-

    ReplyDelete
  5. tgk costa masa lawan swansea..yg tgk tv jer pn rasa mcm nk bagi stat kasut dkt muka apatah lagi bila f2f..mental kena kuat..harap hendo main peranan besar kali ni sbb nmpk dia jer mcm blh psiko si costa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis Costa ni kena ajar dengan picit telur saja masa pengadil tak nampak..hahahha

      Delete
  6. harap klopp kne brsabar hadapi chelsea... jgn trlalu mnyerang ..cuba hold game dulu... tekaan ku liverpool 2-0 chelsea

    ReplyDelete
  7. chelsea 1-2 liverpool

    -azhar ynwa-

    ReplyDelete
  8. Monang bai
    Meneruskan rentak ...

    Chelsea 2 - 4 Liverpool

    ~EncikNurud~

    ReplyDelete
  9. Liverpool 3-0 Chelshit..gegenpressing bermula..hehehe

    ReplyDelete
  10. ini kali menang lagi la!!!
    Chelsea 2-4 Liverpool
    #ynwa

    ReplyDelete
  11. Chelsea 0 - 0 Liverpool

    - carl -

    ReplyDelete
  12. Chelsea 0-2 Liverpool

    kumai

    ReplyDelete
  13. Kejutan malam ni,
    Che 1-5 liv..
    Rin

    ReplyDelete
  14. Chel 3-3 liverpool

    -rajamerseyside-

    ReplyDelete
  15. MOHD FAZLIN MUNTAR
    Aleym
    azhar ynwa
    ole kopite

    Pagi ni ramai yang teka tepat. Tahniah 4 member kita yang bertuah. Yang lain jangan risau dari 6 yang dalam senarai mata semua berkongsi 3 mata.

    ReplyDelete
  16. Keberkesanan taktikal klopp makin menampakkn hasil dr hari ke hari.. harap2 akan berterusan terutama bila lwn team2 underdog..

    ReplyDelete