Pages

Feb 10, 2017

APA YANG SAYA RASA DAN APA YANG ANDA RASA


Saje nak menyelit sikit bagi artikel sebab nampak tuan admin agak sibuk dan blog agak menyepi sehingga labah-labah dah buat sarang.Kalau dibiarkan lama sikit lagi mungkin akan dimakan anai-anai.Mungkin sibuk dengan tugas harian.Jadi saya ambik kesempatan untuk meluahkan sedikat rasa ketidakpuashatian tentang perfomance team kita.

Ramai yang sedia maklum yang team kita mengaplikasikan taktikal dan formasi counter-pressing atau lebih mudah difahami dengan panggilan Gegenpressing.Taktikal ini sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan stamina yang cukup ampuh dan memerlukan penggunaan tenaga tambahan dari bateri energizer.Berbeza dengan Barcelona yang lebih bertiki-taka dan sabar dalam membentuk serangan.Apabila bola tiada di kaki,rampas kembali bola dan mulakan balik dari mula.

Berbeza dengan gegenpressing dimana kita bermain dalam tempo yang laju.Melakukan high pressing.Sehinggakan pada satu-satu masa hanya ade sorang centre back dibawah.Tidak hairan lah jika lallana adalah pemain yang paling banyak berlari dalam liga.Apabila bola dapat dirampas kembali,terus melakukan serangan secepat mungkin.Pemain-pemain akan cuba membuka ruang untuk melakukan serangan dan ternyata gandingan coutinho,firmino dan mane adalah yang terbaik setakat ini.Dibantu juga kapten hendo yang akan cuba mencorak dan membuka permainan dari bawah dan wijnaldum yang cuba untuk crowded dan penetrate defend.Dua orang side bek dah jadi macam winger untuk hantar bola ke tengah.Ini adalah apa yang saya lihat dan faham tentang taktikal liverpool.

Kenapa saya bercerita tentang ini?Sebab saya melihat cara untuk melawan balik taktikal gegenpressing ini adalah bermain secara susun bas dua tingkat tetapi bukan sistem yang dmainkan oleh chelsea di zaman mourinho tetapi bertahan secara bijak atau lebih senang nak faham,'sit deep and counter'.Bertahan secara maksima,tutup ruang,cuba elakkan hantaran dibuat ke dalam kotak penalti dan bila ada kesilapan dari pemain kita,terus melakukan serang balas di mana pada ketika itu pemain kita mungkin berada pada kedudukan off-position.Ini hanya memerlukan 2,3 orang pemain untuk membuatkan pertahanan kita seakan mati pucuk untuk mengejar menutup ruang yang telah terbuka.Ini adalah pemerhatian saya dan apa yang saya faham.

Tidak pasti adakah gegenpressing ini ada jalan penyelesaian untuk cuba runtuhkan kekebalan pertahanan atau gegenpressing ini tidak sesuai dimainkan untuk taktikal susun bas.Itu saya tidak tahu.Yang paling arif dalam hal ini sudah semestinya Klopp sendiri.Beliau lebih faham dengan pemain dan sisten yang dia ada.Kita hanya peminat yang jauh.Pada awal musim kita nampak gah dan hebat sebab pasukan lawan tidak jumpa taktikal yang sempurna untuk mengekang asakan yang bertali arus dari pemain kita.Sekarang mereka sudah ada taktikal untuk memandulkan taktikal Gegenpressing.

Apa kata anda?

7 comments:

  1. Rasanya klopp kna lbh byk buka buku tentang cara main bertahan.. Supaya dpt info2 bguna.. N kna mcuba beradaptasi dgn tiki taka ala barcelona.. Gabung antara tiki taka n Gegenpressing.. Klu mampu cuba bljr jga taktikal susun bas.. Spya gaya liverpool lbh bervariasi bila mau myerang.. N bila kelam kabut d serang.. Pdpt sy y x pndi ni..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. apa yang lihat team kita kecundang dengan team bawah table. mungkin gegenpressing perlu wujudkan kategori B dan C. lawan team top table guna A dan bila lawan team below table guna B.

    ReplyDelete
  4. GUA MCM NAK TAMPOR JER KLOPP NI. ADE KE PATOT DIE SERANG KAMIKAZE TP DEFEND BIAR ROMPONG. GUA DH UCAP DARI DULU YG KT KNE ADE SORG DEFENSIVE MIDFIELDER YG ROBUST UNTUK PANGKAH COUNTER ATTACK. NI SEMUA DEFEND MAT JAMBU + MAK NYAH. NI EPL BRO..

    mAT tRAVOLTA..

    ReplyDelete
  5. btol ape yg bro luah kan tu..pendapat sy, utk perbaiki salah satu nye kne cari midfielder bertahan yg robust ala2 kante kat chelsea yg ade dua jantung tu..xpon ex kita,masherano yg buat cover bawah cam tengah berperang tahan kubu.. tp pape pon terpulang pd kloop la kn nk corak team yg kita syg ni..hrap dia akn gaya kn gaya "heavy metal" gegenpressing dia ni kpd banyak plan A,B,c,D...jgn dok heavy metal jek..skali skala kne ubah taktikal ala-ala reggae ke ska ke? btol x..hahahahha... ikhlas+jfkberger

    ReplyDelete
  6. Antar klopp ke Malaysia BELAJAR CARA MALAYSIA MALAYSIA MAIN BOLA...

    ReplyDelete