Pages

Feb 23, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN LEICESTER

Leicester dalam zon penyingkiran. Macam tak boleh pecayakan. Tetapi itulah hakikat sebenar bolasepak. Momentum kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris takkan boleh bertahan lama jika takda perubahan kepada pasukan. Dok main corak yang sama diulang-ulang. Pemain utama Kante kena jual dan diganti pemain yang tak mampu ganti beliau. Vardy dan Mahrez dah hilang taring, mungkin sebab kecewa bila tak dibernarkan berpindah ke kelab besar. Pertahanan

Pak Cik Ranieri rasanya pegang Liecester ketika momentum sedang mencanak. Yang mengeluarkan Leicester dari zon penyingkiran musim sebelum tu ialah Nigel Pearson. Dia mungkin bukan pengurus hebat tapi jurulatih sebenar yang membentuk perilaku pemain jadi sang juara. Ranieri bukan jurulatih tetapi pengurus yang bijak mengatur strategi dalam padang. Sebab itu dia dapat gelaran Tinkerman , Sang pemikir,  ketika di Chelsea.

Sekarang Leicester dah kehilangan idea. Sedang jatuh menjunam. Ranieri masih belum temui rentak untuk kembali buatkan pasukan yang dapat gelaran Sang Musang, jadi musang yang sakit. Bukan lagi musang juara curi ayam kambing orang kampung. Malah lawan Sevilla dalam Liga Juara-Juara mereka tewas tipis 1-2. Alasan mungkin nak tumpu Liga kot. Tapi inilah kesempatan untuk Liverpool menambah luka yang dah berdarah biar lagi parah.

Mignolet
Clyne Matip Klavan Milner
Lana Hendo gini
Mane Firmino Coutinho

Saya tak nampak Liverpool perlu risau dengan Leicester lagi. Kekalkan corak lawan Spurs dengan main dengan lebih sederhana. Jika nak serang tak perlu bawak geng ramai-ramai. Kalau ramai sangat ini bagi peluang lawan nak main susun bas. Kang jadi lain pula nanti. Pergi ke La Manga, Sepanyol bukan sekadar makan angin layan cuaca panas kat sana sambil kayuh gerek.  Klopp sedang merencana taktikal disamping merapatkan sillaturrahim antara rakan sepasukan.

Mungkin sedikit kegusaran bila lawan dengan pasukan di zon penyingkiran. Selalu mereka akan fokus untuk cuba cari jalan keluar dengan main gila-gila. Semangat mereka tak boleh nak jangka. Tengok macam lawan Sunderland dan Swansea, mereka main cermat dan ambil peluang sebaiknya, walaupun pasukan kita membolot penguasaan bola. Main susun bas pun susun bas lah, apa yang penting itulah satu-satunya cara mudah nak tewaskan Liverpool setakat ini.





























20 comments:

  1. Harap kemenangan dengan spurs menjadi satu semangat kepada liverpool untuk mendapakan kemenangan kedua. Hanya liga sahaja perlawanan liverpool. Jadi terus fokus n fokus.
    Lei 0 - 3 Liverpool

    ReplyDelete
  2. Lei 0 - 3 Liv
    Kluangman
    Harap teka betul

    ReplyDelete
  3. Leicester 0
    Liverpool 2
    -stan-

    ReplyDelete
  4. Lineups
    Goalkeeper: Kasper Schmeichel

    Defence: Wes Morgan
    Defence: Robert Huth
    Defence: Christian Fuchs
    Defence: Danny Simpson

    Midfield: Marc Albrighton
    Midfield: Riyad Mahrez
    Midfield: Ahmed Musa
    Midfield: Danny Drinkwater
    Midfield: Onyinye Ndidi

    Forward: Jamie Vardy

    Injured: Molla Wague

    Coach: Craig Shakespeare
    Goalkeeper: Simon Mignolet

    Defence: Nathaniel Clyne
    Defence: Joel Matip
    Defence: Lucas Leiva
    Defence: James Milner

    Midfield: Jordan Henderson
    Midfield: Georginio Wijnaldum
    Midfield: Adam Lallana

    Forward: Philippe Coutinho
    Forward: Sadio Mane
    Forward: Roberto Firmino

    Injured: Danny Ings
    Injured: Marko Grujic

    Coach: Jurgen Klopp

    ReplyDelete
  5. lei 0 liv 2

    lama sangat rehat dah tu..

    ReplyDelete
  6. liverpool 2-0 leicester.... jfkberger

    ReplyDelete
  7. Klopp kecewkn kita lagi..lagi2 klh dgn team papan bwah..mtk pencerhn dri next forum owner,bertajuk team "Liverpool betol2 improve under empire kloop or tidak"..Sakit mata memandang berat lagi bahu fans nk pikul...

    ReplyDelete