Pages

Jun 24, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pihak kru penerbitan Liverpoolkita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada semua peminat blog Liverpoolkita yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Kita kadang-kala kami menulis sedikit beremosi dan kadangkala ada fakta yang tak tepat dalam menulis isu dan cerita kelab yang kita sayangi ini. Di harap segala sila kata dan tulisan harap diampun maaf.

Bagi peminat Non-Muslim yang juga menjadi peminat blog ini, diucapkan selamat bercuti dan jika ada rakan-rakan muslim yang anda kenali diluar sana, tika saat inilah peluang beramah mesra dengan mengunjungi mereka dan kita harus tonjolkan perpaduan kaum di Malaysia dan seluruh dunia hendaknya. Di samping dapat bedal masakan Muslim yang korang jarang dapat rasa selalu.

Bagi yang sedang bergerak ke-kampung disaat-saat akhir ini. Jika berlaku kesesakan tak perlu kalut-kalut nak balik kampung macam kampung nak lari. Jika memandu jangan terlalu memaksa jika letih atau mengantuk. Singgah R&R balun sejam dua kasi segar. Berhati-hati dijalanraya.

Mungkin kita yang bakal cuti beraya terlupa abam-abam dan akak-akan yang bekerja sepanjang raya ni. Terutamanya yang bekerja dalam pasukan beruniform. Kepada mereka tak lupa pengorbanan kalian tak ternilai demi kegembiraan orang lain.

Tak lupa sepanjang Hari Raya, blog Liverpoolkita akan berkumandang macam biasa. Sebab nak dekat-dekat jendela perpindahan ni macam-macam info nak keluar. Apapun nantikan Liverpolkita versi Raya, sambil kunyah kuih dan baham ketupat. Nak letak ucapan selamat hari raya kat kometar bawah ni pun ok. Kalau boleh ceritakan beraya kat mana tahun ni.

17 comments:

  1. Selamat hari raya admin...t.kasih utk information kelab kesygn selama ini...beraya di melaka ini tahun...
    -azdred-

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya smua. klau ada terkasar taip dan tersilap taip maafkan dari hujung rambut sampai hujung kasut six tat. Raya nak gembira dan sepanjang hari raya kami nak dngr brita gembira jga. Tahun ni memang tetap beraya kat sabah. x pegi mna2 dah. kat sini je bndr dan kampung aq.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya gak...dah mcm yb ayat admin...huhuhu....maap zahir batin

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya admin . Raya tahun ni kurang meriah sbb adik beradik yg lain pakat raya kt rumah mentua ditambah pulak sy kena demam kus2 yg teramatlah teruk . Gayo tahun ni kek nogori la

    ReplyDelete
  5. Slamat hari raye admin dan pembaca semua.. skrg raye kat kuala kangsar, raya keempat ke melaka dan kelima ke jengka.. hari keenam balik kl..

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tuan blog dan semua peminat Liverpool.Maaf Zahir Dan Batin.

    You'll Never Raya Alone.

    #YNWA

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir & batin buat tuan admin dan warga liverpoolkita dr besut, terengganu.
    -apees

    ReplyDelete
  8. salam aidil fitri dari kuala kangsar..

    maaf zahir batin kepada semua kopite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ole kopite,kuala di mane yob.?mentua teman di sauk.

      Delete
    2. kg talang.. tempat meroyam panjang tu.. tp tahun ni kena rush pulak.. berhenti la sekejap detum2 tu.. pastu sambung balik

      Delete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin buat warga Liverpoolkita dan penyokong setia The Red..
    #ynwa

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat tuan admin dan warga liverpoolkita..semoga the reds dapat merasa juara UCL utk 2017/2018..haha..
    Dari setiu, Terengganu

    ReplyDelete
  12. Modal 20rb Bisa Dapat Jutaan Rupiah

    Pasti Gak Percaya?

    Gak Maksa sih, Tapi Kalau Pengen Ikutan Juga, cek DISINI aja


    KLIK & DAFTAR SEGERA BERSAMA >>> AGENS128

    ReplyDelete