Pages

Aug 11, 2017

LIGA PERDANA : WATFORD LAWAN LIVERPOOL


Mignolet
Trent Matip Lovren Moreno
Wijnaldum Emre Milner
Salah Firmino Mane

Ada peminat gembira kecewa dan was-was dengan perkembangan pasukan menjelang sepak mula di Vicarage Road, bertemu Watford. Persediaan pra-musim tamat dengan rekod tanpa kalah walaupun dengan Atletico kalah penalti berebut Piala Audi. Kalau kita imbas balik, Klopp nampak puashati dengan skuad, sebab itu dia hanya sasarkan Naby Keita dan Van Dijk dalam sasaran. Tiada alternatif, kalau ada sekadar imiginasi wartawan sendiri.

Liverpool sehingga kini, masih berjaya kekalkan Coutinho. Bagi abam dia kekal atau tidak bukan masalah tetapi yang palat takut tak sempat nak bida pemain pengganti jika dia buat pasal diminit akhir. Pemain datang dan pergi dan semua peminat sila ambil nota. Jangan dok meroyan cakap mamat ni tak kenang jasa bagai jika belah. Tapi nasib baik Coutinho cedera kendur sikit harapan Barca nak bida dan tapi mungkin terlepas perlawanan Watford nanti.

Dengar kata Klopp nak serapkan kembali Milner kat tengah. Isu kecergasan Hendo dan Coutinho serta Lallana yang MC 4 bulan penyebab utama. Tugasan bek kiri mungkin kembali diserahkan kepada Moreno atau disailang Robertson. Sikap Moreno yang dah insaf dan kembali menyinar dalam perlawanan pra-musim bakal jadi dilema untuk Klopp macam tak jadi jual mamat tu walaupun dah terbeli Robertson.

Kehadiran Salah dalam pasukan bakal jadi fenomena. Kanan dan kiri macam pelesit punya laju kot. Mane akan diletakkan kiri untuk bagi Salah ditempat kegemaran beliau. Tapi sebenarnya kat Fiorentina dulu Salah hidup main kedua-dua sayap. Kat Roma saja Salah banyak main kanan. Sebab itu Klopp tak beli penyerang baru sebab Firmino tetap jadi penyerang utama walaupun kita tahu dia lebih berfungsi jadi penyerang bayangan yang akan tarik pertahanan lawan untuk biarkan Mane atau Salah kucar-kacirkan pertahanan dan boleh sumbat gol pada masa yang sama.

Pertahanan kita masih tak banyak perubahan setakat ini. Cuma ketiadaan Clyne bakal diganti Trent Arnold yang kian pukul naik. Kita tengok pemain hebat macam Ribery pon dia boleh hadap senang-senang. Jadi prestasi Trent buat kita tak kalut dah posisi bek kanan. Cuma masih sedikit gusar ialah adakah Matip dan Lovren mampu perbaiki kelemahan musim lepas. Setakat Klavan dan Gomez sebagai pesaing tak nampak garang sangat, cuma kalau Sakho tak terjual sebab takda kelab mampu beli, boleh harap juga nak jadi pesaing utama. Itupun kalau perangai buruk dah buang jau-jauh.

Watford sebagai tuan rumah mesti taknak bagi can kat pelawat datang buat kepala kat laman sendiri. Tambahan plak pengurus baru Marco Silva bekas pengurus Hull yang pernah memalukan kita di Anfield musim lepas ingat lagi. Pengurus Portugis ni diberi jolokan mini Mourinho kat tanah air, tapi tengok cara main masa dia kat Hull, tak kearah nak parkir bas. Cuma Silva main dengan kepantasan luar biasa guna sayap yang laju. Setakat kita tahu Watford baru beli penyerang muda Brazil dan berjaya atasi kelab elit Eropah. Kira boleh tahan juga Watford dalam tak berapa aktif dalam perpindahan.

Macam biasa perlawanan pembukaan satu kegembiraan buat sekalian peminat. Kita tak sabar nak tengok apakah Klopp bakal jadi pencabar kejuaraan atau bergelut sebab tak berbelanja besar macam Menyu, City dan Chelsea. Bermula dengan Watford kita harap 3 mata jadi milik kita. Dan tidak lupa peraduan teka keputusan bakal menampilkan hadiah lebih banyak untuk peneka dan anda boleh letak tekaan dalam komen pra-perlawanan setiap minggu. 

34 comments:

  1. Watford 1 - 3 Liverpool
    YWNA
    Kluangman
    Mane salah firmino

    ReplyDelete
  2. The Hornets 0 The Reds 2

    #YNWA

    The KOP Salad

    ReplyDelete
  3. Watford 0 - Liverpool 2
    ( Firmino '15, Mane '39 )
    M. Toha

    ReplyDelete
  4. The Hornets 0 - The Reds 2

    #YNWA

    ReplyDelete
  5. Watford 1-2 Liverpool

    _NAUZSA

    ReplyDelete
  6. wat 0 liv 3

    awal bagus akhir pun bagus

    ReplyDelete
  7. Watford 0 - 3 Liverpool

    ~EncikNurud~

    ReplyDelete
  8. Silent reader sudah keluar memunculkan diri.hadiah utama kena hebat.tilam toto dari bukit kayu hitam.hahaha...

    Bolos tetap bolos.penyakit yang belum ada penawarnya.

    Wat the ford 1-3 liverpool.

    ReplyDelete
  9. prlwann prtma xnak bolos. kita mng besar 4-0. salah 2, mane, firmino.

    ReplyDelete
  10. Watford 0-3 Liverpool..
    Mane,salah& ayam tambatan bru SOLANKE.. Rise Up.. We Go Again..

    ReplyDelete
  11. watford2-3TheReds
    -shah_2134-
    #YNWA

    ReplyDelete
  12. watford 1-1 liverpool
    -stan-

    ReplyDelete
  13. Watford 0 - 2 Liverpool
    -msw-

    ReplyDelete
  14. »Lineups
    Goalkeeper: Heurelho Gomes

    Defence: Daryl Janmaat
    Defence: Sebastian Proedl
    Defence: Miguel Britos
    Defence: Jose Holebas

    Midfield: Nathaniel Chalobah
    Midfield: Nordin Amrabat
    Midfield: Etienne Capoue
    Midfield: Tom Cleverley
    Midfield: Will Hughes

    Forward: Andre Gray

    Injured: Mauro Zarate

    Coach: Marco Silva
    Goalkeeper: Simon Mignolet

    Defence: Trent Alexander-Arnold
    Defence: Dejan Lovren
    Defence: Joel Matip
    Defence: Alberto Moreno

    Midfield: Jordan Henderson
    Midfield: Georginio Wijnaldum
    Midfield: Emre Can

    Forward: Mohamed Salah
    Forward: Sadio Mane
    Forward: Roberto Firmino

    Injured: Adam Lallana
    Injured: Danny Ings

    Coach: Jurgen Klopp

    ReplyDelete
  15. akhirnye,bermula..
    abam tikam Watford 0-4 Liverpool..
    #ynwa

    ReplyDelete
  16. wat 0 - 3 liv (salah, firmino & mane)

    shu'aib7433

    ReplyDelete

  17. Watford 1-3 Liverpool.. Mane,Mo Salah,Firmino...o.g..Lovren..

    ReplyDelete
  18. Teka jaringan salah. Tapi teka penjaring betul..huhuhu.
    Kluangman

    ReplyDelete