Pages

Sep 7, 2017

LIGA PERDANA : MAN CITY LAWAN LIVERPOOL

Abam tak terguris dengan perangai Kawtimho. Zaman sekarang pemain lebih setia kepada ejen dari kelab. Geram juga mulanya sebab cakap sakit belakang tapi siap boleh main dengan Brazil tanpa nampak tanda-tanda sakit. Salut dengan FSG sebab sanggup tahan nafsu untuk sambar duit Barca. Tetapi apa yang kita bengang Kawtimho nak elak main kat Liga Juara-Juara. Ni sudah melampau takkan tak boleh nak sabar lagi semusim kalaupun dah takda jiwa kat Anfield.

Daripada dok terhegeh-hegeh kat pemain sakit belakang tu ada baiknya Klopp cuba pujuk Emre supaya sain kontrak baru. Emre mahu klausa bidaan yang membolehkan dia tak terjerat untuk kekal dalam kontrak. Bagi abam bagi sahaja apa dia nak cuma kalau boleh letak munasabah sikit. Paling kurang £40juta sebab pasaran pemain dah menggila babi sejak dua menjak ni. Potensi Emre nak jadi pemain bintang makin terserlah sebab itu kita dengan bukan Juventus saja nak, City dan Setan pun teringin nak pau percuma.

Mignolet
Gomez Matip Lovren Roberton
Gini Hendo Emre
Salah Firmino Mane

Kali ni Gomez mendapat perhatian Klopp untuk jadi pemain utama sebab Clyne pun berjangkit dengan Kawtimho sakit belakang. Cuma Clyne bukan kaki beli MC sebab dia tak disenaraikan langsung dalam skuad Liga Juara-Juara. Trent mungkin nampak taring awal.musim tetapi dari segi fizikal dan taktikal Gomez nampak dah potong barisan sejak dua menjak ni. Barisan belakang abam harap Matip dengan Klavan namun Lovren ada ilmu pengasih dan dia masih berjaya dapat pilihan utama sekalipun aksi beliau tak meyakinkan sikit. Robertson mungkin dah tiba waktu jadi kesebelasan utama.

Bahagian tengah dah cun dengan trio Kapten Hendo-Gini-Emre. Nak tapau bahagian tengah City perlu pemain yang proaktif. Kawtimho boleh duduk bangku simpanan dan mungkin atas belas ihsan masuk minit2 akhir perlawanan. Itupun nasib baik Klopp, kalau abam.biar dia mereput main dengan pasukan bawah 23 sampai melutut minta maaf tak mau buat perangai lagi. Malah kita dah ada bonus yakni Ox dari Arsenal yang bakal kuatkan bangku simpanan sebab Ox bleh main dipelbagai posisi serangan.

Lawan City kita harap sungguh barisan depan cemerlang. Sebab benteng pertahanan kita pon tak berapa nal boleh harap. Dengan Mane dan Salah rasanya bek City akan porak peranda, walaupun merekrut pertahanan baru yang memecah rekod perpindahan pertahanan dunia sebab 3 kali dalam satu jendela perpindahan. Namun bek City tak kebal manapun sebab dah kena tapau awal musim. Bukan nak suruh main macam Burnley, corak pasukan kita dah cukup mantap cuma kat Ittihad City mungkin akan main lebih bersemangat untuk halang pasukan kita dapat 3 mata.

26 comments:

  1. Kalau aku klopp,dah lama aku sumpah si tanggang tu.tiada pemain yang lebih besar dari kelab.ingat tu.brengsek...marah nie.err...bai de wey,siti sifir 2-4 liverpool.

    ReplyDelete
  2. kita ada putera baru...Prince Of.Wales..Ben Woodburn..1-2.

    ReplyDelete
  3. City 0-2 liverpool

    ReplyDelete
  4. City 0-2 liverpool

    -cucu mak leha-

    ReplyDelete
  5. man 1 liv 3

    cotinho akan tebus kenakalan dia. kalo klopp kasi dia main la..

    ReplyDelete
  6. tekaan aq dah timbal balik, bhagi,tmbah apa smua. 3-0. liv mng dan mc bole amik mc. gol dri abg firman,salahuddin dan amer khan.

    ReplyDelete
  7. Kalau kekal corak permainan rasanya boleh tapau.. Tapi saya nak tikam 1-0 liv menang..
    City 0-1 liverpool

    -rajamerseyside-

    ReplyDelete
  8. Man citeh 1 - 3 Liverpool merah

    -Nauzsa-

    ReplyDelete
  9. Man city 1-4 Liverpool

    -azhar ynwa-

    ReplyDelete
  10. Lineups
    Goalkeeper: Ederson Moraes

    Defence: John Stones
    Defence: Nicolas Otamendi
    Defence: Vincent Kompany

    Midfield: Fernandinho
    Midfield: David Silva
    Midfield: Danilo
    Midfield: Kyle Walker
    Midfield: Kevin de Bruyne

    Forward: Gabriel Jesus
    Forward: Sergio Aguero

    Suspended: Raheem Sterling

    Coach: Josep Guardiola
    Goalkeeper: Simon Mignolet

    Defence: Andrew Robertson
    Defence: Joseph Gomez
    Defence: Dejan Lovren
    Defence: Joel Matip

    Midfield: Emre Can
    Midfield: Jordan Henderson
    Midfield: Georginio Wijnaldum

    Forward: Roberto Firmino
    Forward: Mohamed Salah
    Forward: Sadio Mane

    Injured: Adam Lallana
    Injured: Nathaniel Clyne
    Injured: Danny Ings

    Coach: Jurgen Klopp

    ReplyDelete
  11. ikut pada last performance player kite,ada yang akan kena lauk lagi ni..
    kalau Man City main terbuka,mmg cerah peluang kite nak menang besar..
    so abam tikam Man City 0-3 Liverpool..
    #ynwa

    ReplyDelete
  12. mcity 3 - 1 liv
    -stan-

    ReplyDelete
  13. ManCity 0-1 Liverpool FC.. Oxlade chamberlain skor.

    ReplyDelete
  14. MC 3 - Liverpool 4
    Kluangman

    ReplyDelete
  15. Man City 0 - 3 Liverpool

    Kecemerlangan diteruskan

    ~EncikNurud~

    ReplyDelete