Pages

Apr 23, 2018

MAT SALAH PEMAIN TERBAIK LIGA PERDANA INGGERIS 2017/18


Jangankan nak menjangka Salah bakal jadi Pemain Terbaik Liga musim ni, semua orang pada awal musim banyak bersangka buruk keatas pemain Mesir ni. Dek kerana Salah pernah direjek Chelsea, maka semua nampak pembelian 35juta Pound dari AS Roma satu perjudian besar. Bila berjudi ada risiko dapat pulangan atau bungkus teruk. Namun ditakdirkan Salah masuk kedalam pasukan yang begitu cocok dengan corak beliau.

Ingat lagi pasal mula-mula Salah datang bukan sebagai pilihan pertama  tetapi pilihan ke-4. Klopp lebih mahu pemain dari Bundesliga yakni mengikuyt turutan , Christian Pulisic, Julian Draxler dan Julian Brandt. Tetapi semua pemain samada sendiri rejek atau kelab cuba nak pow dengan harga mahal. Macam kes Pulisic dan draxler diorang sendiri jual mahal, tetapi Brandt boleh nego cuma dalam keadaan Leverkusen main kat Liga Juara-Juara, harga nak sama dengan Salah.

Pilihan terakhir yang hampir dapat ialah Brandt, namun dek kerana Ketua Pemantau Michael Edward, terhegeh-hegeh nak Salah berbanding pemain muda Jermain itu, Klopp beralah. Tapi korang jangan ingat AS Roma nak jual murah. Dorang jenis kaki paw hangit. Harga 35juta ritu harga terpaksa rela sebab UEFA suruh kontrol kewangan mereka yang tak belen. Kat sini ada permainan juga dari kem Liverpool diorang bida dekat-dekat nak sampai tarikh Roma kena selesai kewangan.

Korang ingat Salah datang-datang terus boleh adaptasi dengan corak Liverpool. Dia memang sejak dari Basel lagi pemain sayap tulen. Datang ke Chelsea kena main macam sekarang main penyerang kiri. Memang kelautlah sebab Mourinho dia jenis bukan reti sangat nak latih pemain pasal posisi. Pinjam kat Fiorentina barulah jurlatih kat sana bagi Salah main penyerang kiri atau kanan dengan efektif. Kat Roma pun sama, cuma kematangan Salah dah sampai tahap terbaik.

Awal musim Salah mungkin masih tak berapa ngam lagi dengan rakan-rakan. Dia masih cuba main cara pemain sayap, bukan penyerang. Kat sinilah Klopp berjaya bentuk Salah bagaimana nak main sebagai penyerang dari sayap. Dan taknak tulis panjang, dia dah berjaya ajdi penjring terbanyak Liga dan menyamai rekod Shearer, CR7 dan Suarez Gigi. Aspek utama selain bakat dan kepintaran, pemain macam Firimno dan Mane adalah pemankin kehebatan beliau. Diorang bayak membantu Salah untuk mencapai tahap sekarang.

Dengan dinobatkan Pemain Terbaik Liga Perdana musim ni, mengatasi Kevin De Bruyne, kita harap Salah boleh pergi lebih jauh. Maksud abam bukan pergi jauh ke La Liga, tetapi mengangkat Liverpool untuk menang piala dan kejuaraan. Jadi kelab kena dapatkan pemain bagus musim depan kalau nak pemain utama kekal. Kalau dok buat perangai kemut duit dari beli pemain bagus, bukan takat Salah, Klopp pun boleh cunggit pergi tempat lain.

6 comments:

  1. Sy antara yg meragui kehebatan salah . Sekarang salah dh buktikan yg sy salah

    ReplyDelete
  2. Lineups
    Goalkeeper
    1 Loris Karius
    Defence
    66 Trent Alexander-Arnold
    Defence
    6 Dejan Lovren
    Defence
    4 Virgil van Dijk
    Defence
    26 Andrew Robertson
    Midfield
    21 Alex Oxlade-Chamberlain
    Midfield
    14 Jordan Henderson
    Midfield
    7 James Milner
    Forward
    11 Mohamed Salah
    Forward
    9 Roberto Firmino
    Forward
    19 Sadio Mane
    Injured
    20 Adam Lallana
    Injured
    32 Joel Matip
    Injured
    23 Emre Can
    Coach
    Jurgen Klopp
    Goalkeeper
    1 Alisson Becker
    Defence
    20 Federico Fazio
    Defence
    44 Konstantinos Manolas
    Defence
    5 Juan Jesus
    Midfield
    24 Alessandro Florenzi
    Midfield
    6 Kevin Strootman
    Midfield
    16 Daniele De Rossi
    Midfield
    4 Radja Nainggolan
    Midfield
    11 Aleksandar Kolarov
    Forward
    14 Patrik Schick
    Forward
    9 Edin Dzeko
    Injured
    26 Rick Karsdorp
    Injured
    23 Gregoire Defrel
    Coach
    Eusebio Di Francesco

    ReplyDelete
  3. Liverpool telah melahirkan ramai pemain2 yang boleh menjaringkan gol sehingga menjadi penjaring gol terbanyak di EPL seperti Torres Suarez dan Salah. ..Tapi sayangnya Liverpool tidak boleh melahirkan satu Juara EPL walaupun sekali dalam 3 dekad ini. . .Malah peminat Liverpool masih tak tahu atau malas nak baca tentang sejarah Liverpool era 70an hingga akhir 90an yang ada juga pemain2 yang menjaringkan gol terbanyak EPL. . .tetapi yang menariknya pada era tersebut KEJUARAAN EPL melimpah ruah dan terlalu banyak mengatasi pemain2 Liverpool yang menjadi PRNJARING GOL TERBANYAK EPL.. .Jadi mengikut pengiraan manusia yang NORMAL adalah begitu mudah untuk MENJUARAI EPL walaupun cuma sekali dalam jangka masa 30 tahun dari mencari penjaring gol terbanyak Liverpool. . .

    ReplyDelete
  4. Badi Encik Klopp dalam setiap PERLAWANAN AKHIR pada setiap KEJUARAAN adalah sangat membimbangkan bagi peminat Liverpool. . .Rasa-rasanya Liverpool boleh mengatasi As Roma dan akan berjumpa samaada Bayern Munich atau Real Madrid dalam perlawanan Akhir nanti. . .Jadi jika tidak dapat menjuarai setiap KEJUARAAN yang melibatkan adanya PERLAWANAN AKHIR. . .Encik Klopp boleh mengatasinya dengan mencari KEJUARAAN EPL yang tiada PERLAWANAN AKHIR iaitu KEJUARAAN EPL ke BPL ke atau kalau nak turun Liga boleh cuba kejuaraan ELC...

    ReplyDelete
  5. kelemahan Liverpool bukanlah kerana kekuatan pasukan lawan sangat...tetapi dari pasukan sendiri...itulah apa yg.terjadi dgn WBA.VVD nampak berkarat jika rakan berkarat...mungkin semangat turun jika TAA dan AR tak main...moreno nampak karat juga..JGomez pun..sebab lama tak main....oleh itu JK kena turunkan yg.terbaik mlm.ini.

    ReplyDelete

  6. Kita mau rekomendasikan Agen Taruhan BOLA & SABUNG AYAM ONLINE terbaik, yaitu

    AGENS128

    Pelayanannya memuaskan, jujur, dan banyak bonusnya..

    Coba aja ikutan bray, daftarnya di >>> KONTAK AGENS128
    atau hubungi langsung:
    (BBM) : AGENS128
    (WhatsApp) : 085222555128

    ReplyDelete