Pages

Jun 14, 2018

SALAM AIDIL FITRI


Pihak kru penerbitan Liverpoolkita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada semua peminat blog Liverpoolkita yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Kita kadang-kala kami menulis sedikit beremosi dan kadangkala ada fakta yang tak tepat dalam menulis isu dan cerita kelab yang kita sayangi ini. Di harap segala sila kata dan tulisan harap diampun maaf.

Bagi peminat Non-Muslim yang juga menjadi peminat blog ini, diucapkan selamat bercuti dan jika ada rakan-rakan muslim yang anda kenali diluar sana, tika saat inilah peluang beramah mesra dengan mengunjungi mereka dan kita harus tonjolkan perpaduan kaum di Malaysia dan seluruh dunia hendaknya. Di samping dapat bedal masakan Muslim yang korang jarang dapat rasa selalu.

Bagi yang sedang bergerak ke-kampung disaat-saat akhir ini. Jika berlaku kesesakan tak perlu kalut-kalut nak balik kampung macam kampung nak lari. Jika memandu jangan terlalu memaksa jika letih atau mengantuk. Singgah R&R balun sejam dua kasi segar. Berhati-hati dijalanraya.

Mungkin kita yang bakal cuti beraya terlupa abam-abam dan akak-akan yang bekerja sepanjang raya ni. Terutamanya yang bekerja dalam pasukan beruniform. Kepada mereka tak lupa pengorbanan kalian tak ternilai demi kegembiraan orang lain.

Tak lupa sepanjang Hari Raya, blog Liverpoolkita akan berkumandang macam biasa. Sebab nak dekat-dekat jendela perpindahan ni macam-macam info nak keluar. Apapun nantikan Liverpolkita versi Raya, sambil kunyah kuih dan baham ketupat. Nak letak ucapan selamat hari raya kat kometar bawah ni pun ok. Kalau boleh ceritakan beraya kat mana tahun ni.

Jun 11, 2018

NABIL FEKIR : JODOH YANG TAK KESAMPAIAN

Kredit foto : B/R Football
Gembira bukan kepalang pada hari Khamis bila wartawan Otai macam Paul Joyce dan Melissa Reddy cakap Nabil Fekir akan jadi pemain kita pada hari Jumaat. Tunggu punya tunggu akhirnya berita gembira bertukar masam kelat. Liverpool dan Lyon putuskan perbincangan sekerat jalan. Punya hampeh setelah ujian kesihatan dan juga wawancara dengan Fekir juga dibuat menurut sumber.

Ramai bingung pada mulanya. Ada yang marah dan ada yang masih tertanya-tanya kenapa. Sumber dalaman abam, bukan Indykaila Ok. Bagitahu yang Liverpool memang mahu Fekir. Namun mereka taknak bayar harga £50 Juta Pound kerana takut isu kecederaan lampau. Ikutnya Fekir macam ok bersama Lyon hanya terlepas beberapa perlawanan dalam 2 musim ni. Ikutnya Lallana lagi mengarut cuiti sakit lagi panjang dari beliau.

Kita dah cukup azab tanggung pemain yang bagus tetapi fizikal isi bawang. Sturridge, Lallana dan Matip contoh kenapa Klopp setuju dengan pentadbiran Liverpool tolak untuk ambil risiko yang ada pada Fekir. Tambahan pula korang tahu Liga Perdana Inggeris cukup mencabar. Pemain yang tak cukup lasak akan jadi lauk dan paling teruk akan berakhir dikatil hospital. 

Contoh pembelian lampau yang macam Fekir ialah Alberto Aqualani pada 2009, jenis sakit lutut juga. Rafa nak ambil risiko juga beli dan akhirnya pengakhiran yang merugikan. Masa tu juga bukan takda pemain lain yang setara beliau untuk ganti Xabi Alonso yang dijual ke Real Madrid. Semua orang nampak teruja dengan Aqulani masa main kat Roma, namun faktor kecederaan diambil mudah. Yang senyum gembira ialah Roma, dengan mudah paw £20juta Pound jual orang sakit.

Pintu perpindahan masih belum tutup, jangan anggap perbincangan tentang Fekir dah terkunci rapat. Jika pihak Liverpool dan Lyon berharap nak berbisnes kembali sebelum 1 Sept segalanya mungkin. Namun bagi abam nak dapat pemain berkualiti macam Fekir tak berapa ramai dalam pasaran. Kalau ada mungkin lagi mahal contoh Lemar dan Isco serta James. Tapi main dengan FSG ni bukan boleh harap, takut diaorang main akal macam kes Van Dijk. Fekir-fekirkan Ok.

Jun 7, 2018

FABINHO PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2018/19


Agak lambat tulis pasal pembelian terbaru Fabinho. Sebenarnya memang suatu kejutan bagi semua. Tambahan sangat buat peminat Menyu. Mereka didendangkan dengan bunyi2 nak beli Fabinho dari musim lepas. Nak buat camna Monaco kena kekalkan beberapa pemain setelah beberapa pemain dari skuad utama kena borong. Mungkin kalau Bakayoko tak ke Chelsea, Fabinho dah ke Menyu rasanya awal musim yang baru habis ni.

Kenapa baru sekarang Klopp nak beli pemain tengah bertahan (DM) yang ideal. Jawapannya ada pada Emre dan Hendo. Hendo mungkin tak termampu nak main selalu dan Emre dah nak berambus. Kalau mereka kekal mungkin takkan merasa DM baru. Malah abam rasa Klopp tahu dia dah buat keputusan silap sebab bagi Lucas Leiva blah. Sampai sekarang dibuktikan Lucas masih berbisa kat Serie A dan jadi pemain terbaik Lazio musim ni.

Harga £40juta Pound boleh dikatakan berbaloi, walaupun tak murah sangat. Dia mungkin tak nampak sempoi musim ni berbanding musim sebelum tu. Namun boleh tahan juga dengan 8 gol musim ni dari seorang pemain tengah yang banyak bertugas kat kawasan bawah. Kelebihan Fabinho selain ketinggian, pemain ini boleh beraksi dalam pelbagai posisi termasuk bek kanan. Apa yang kita maklum dia bermula sebagai bek kanan dan di ejjas main tengah ketika di Monaco.

Apa kesan kehadiran Fabinho ketas pemain lain. Abam rasa Grujic mungkin akan dipinjam keluar lagi. Kapten Hendo bakal turun pangkat jadi simpanan. Dan mungkin kapten pun akan dapat kat Van Dijk lepas ni. Namun sebarang kemungkinan berdasarkan jika Fabinho mampu terus dapat kesebelasan utama. Apa yang paling penting, kehadiran beliau dapat buat kita lupakan Emre Can yang dah melingkup ke Juventus.