Pages

Feb 23, 2019

MANCHESTER UNITED VS LIVERPOOL


Setiap kali kita menentang dengan musuh tradisi nie, lain macam pegi nya semangat nie. Kalau menang, hari isnin kompom mendada bila berjalan kat tempat kerja. Kita sedia maklum yang kalah menang adat bertanding tetapi bila sampai menentang musuh alam nyata nie, tak boleh tidak kita mesti menang. Sebab kita dalam misi untuk menamatkan badi selama hampir 3 dekad nie.

Rangkaian serangan kita memang tidak dinafikan antara yang terbaik yang kita pernah ada. Mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan antara yang terbaik di dunia. Cuma yang agak terkilan nya apabila pemain utama di bahagian tengah ambik mc. Bila wijnaldum cuti sakit, nampak sangat bahagian tengah macam tak bermaya. Mungkin bahagian tengah nie untuk bertahan memang fabinho dah pasak nama dia kat situ bergandingan dengan wijnaldum. Cuma bahagian menyerang nie ada sedikit terkucil. Sebab itu klopp dah tak guna kan formasi keramat 433. Musim nie beliau lebih banyak menggunakan formasi kegemaran beliau 4231. Salah akan berada di depan sambil firmino menanti di belakang. Tempat asal salah itu bagi saya elok diisi oleh baby shaq dudududu. Ingat lagi 2 bijik gol yang disumbangkan oleh beliau.

Saya memang mengharapkan kemenangan yang kita bawak balik dari stadium trafford tua. Bukan seri atau kalah. Pemain2 seharusnya tidak buat perangai bila perlawanan dah nak sampai hujung2 nie. Fokus setiap game tu dan jangan buat kesilapan mudah. Mak siti janda menanti sahaja kita keciciran mata.

Teka jangan tak teka. Sambil meneka tu, cuba bagi komen sikit kenapa anda teka jumlah jaringan tersebut. Contoh nya, kita menang 2-0 hasil jaringan salah sebab malam tadi binik dia bagi kata2 semangat dalam bilik. Contoh... ini contoh. Boleh bos kuuu....??

Feb 19, 2019

LIVERPOOL VS BAYERN

Tuan admin ada menghubungi saya baru2 ini agar mengambil alih tugas buat sementara kerana tuan admin akan menunaikan umrah. Jadi sama2 lah kita doakan tuan admin selamat, sihat dan kekal cergas untuk mengerjakan umrah.

Admin ada meminta saya agar aktifkan blog tapi otak nie tepu dan takde idea nak buat ulasan perlawanan dengan bayern nie. Jadi untuk menjalankan amanah yang di beri, saya post jugak artikel kontot nie. Silakan membuat tekaan untuk sekadar suka2.

Tolong jangan kecam saya. Hahahaha

You’re Nothing Without Allah

Feb 8, 2019

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN BOURNEMOUTH


🏆 Premier League #26
⚽ Liverpool FC vs AFC Bournemouth
📅 9 Februari (Sabtu)
⏰ 11:00 PM
🏟 Anfield
📺 Astro 816/834 HD

Tak menyempat nak tulis artikel kebelakangan ni. Rasanya abam dah makin takda masa nak hadap PC nak letak gambar dan tulis artikel. Nak harap admin lain ramai dah bersara. Mungkin zaman blog dah tak releven lagi. Sebab tu mungkin musim depan abam nak fokus kepada halaman Liverpoolkita kat FB sahaja. Sebab admin kat situ bernama Ariff memang rajin, boleh dibuat calon menantu. Cuma kena gilap cara nak menulis artikel panjang dan mengaji sedikit sebanyak taktikal bola.

Dek kerna keserian berganda masa lawan Leicester da West Ham, kedudukan takhta Liga dari merasa tenang, kembali menjadi gelora. Mak Siti dah cucuk angin rapat, hanya 3 mata memisahkan. Ramai komplen sebab musabab utama ialah pergi lepas Clyne ke Bournemouth. Ya itu memang salah Klopp, tetapi beliau mengambil perkiraan berisiko sebab nampak terlalu ramai pemain pertahanan. Tapi apakan perkiraan Klopp meleset sebab TAA dan Gomez belum pulih ikut jadual.

Sebab itu percaturan main kan Hendo masa lawan Leicester dan Milner lawan West Ham dipertikai. Lawan dah tahu itu lubuk mereka nak menyerang. Walaupun bukan punca sangat kekalahan tetapi bila ada lubuk mesti lah nelayan datang nak cuba nasib. Walaupun takda hasil tetapi kita nasib baik lawan yang datang menyerang tak berapa cerdik dan tamak macam Demarai Gray dan Fulipe Anderson.

Alisson
Trent Matip VanD Robbo
Fabinho Hendo
Shaq Firmino Mane
Salah

Kita tengok Keita separuh pertama macam bingai. Tetapi separuh kedua itu versi RB Leipzig. Itu sebabnya dia kelaut main tak kena posisi. Macam terjadi kat Kante di Chelsea sekarang ni. Sebab tu orang kutuk Keita abam sedikit pelik sebab diorang mungkin tak pernah tengok Keita main kot sebelum ni kat Bundesliga. Klopp juga nak cuba sesuaikan taktik nak bagi peluang Lallana main namun apakan daya, dia mungkin takkan dapat kembalikan zaman kegemilangan sebelum cedera teruk dulu,

Bournemouth macam juga Leicester dan West Ham, pasukan yang atas kertas konpom 3 mata. Tetapi bila dalam perlawanan sebenar memang jangkaan meleset. Lagipun pun Bourenmouth buat gila minggu lepas, menyontot Chelsea dengan 4-0. Apa yang boleh kita harap, dilaman sendiri takkan nak sia-siakan 3 mata lagi. Klopp kena ejjas sikit taktikal supaya lawan tak boleh baca rentak. Dah nampak 4-3-3 dah tak releven jika tiada Mat Gandum dalam pasukan.