Pages

Apr 5, 2019

LIGA PERDANA : SOUTHAMPTON LAWAN LIVERPOOL


Ibarat macam moto Gp dah EPL musim ni. Marquez dan Doviziono saling potong memotong untuk pusingan terakhir ke garisan penamat. Memang dramatis dan tragis buat peminat kita. City ibarat Marquez moto hebat teknologi mewah joki plak jiwa sang juara. Tapi Liverpool macam moto Ducati, pernah dulu2 jadi juara tapi kini joki power cuma jentera naik taraf sikit lagi setanding ngan City.

Ikut saingan hujung ni atas kertas kita dapat lawan agak mudah dari City. Tapi masalah Mak Siti ni dia bukan masalah lawan kuat atau tak, tapi lawan bila main ngan diorang macam kena pukau dengan orang minyak. Tetiba jadi lembik dan tak melawan bila nak kena perkosa. Tapi bila kita plak, semua pasukan semangat main. Dok nampak macam diorang tak anggap kita pasukan mampu jadi juara.

Minggu ni kita nak lawan pasukan yang sebelum ni diejek sebagai pembekal pemain untuk kita. Betul juga kan sebab kita dah terima Van Dijk, Mane, Lallana, Lovren, Clyne dan Lambert. Tanpa mereka takkan Liverpool nak jadi padu cenggini. Dah kita borong habis tinggal serdak roti saja dalam simpanan Soton sekarang ni. Ikutnya ada lagi yang Liverpool nak macam Betrand tapi nasib baik tak beli sebab mahal jadi Robertson pembelian jackpot.

Soton memang angkuh dan hebat semasa era Pocchetino. Bila dia belah habis terabur pasukan. Mungkin sebab jual pemain hebat diorang sama tetapi pengurus yang datang tak pandai nak berkloborasi dengan penjejak bakat mereka. Dulu Soton akan jual pemain hebat dan beli juga pengganti yang bakal jadi bintang. Sekarang ni mereka beli pemain tak berapa cun. Tinggal hanya pemain sederhana yang takkan dapat dijual dengan harga mahal.

Kedatangan bekas pengurus RB Leipzig membawa sinar baru. Mamat ni bukan calang2 pengurus sebab masa Dortmund jadi lembik dia membawa RB Leipzig mencabar gergasi Jerman Bayern walaupun kantoi juga hujung musim. Dia yang mengasah bakat Naby Keita dan beberapa pemain Leipzig sehingga jadi terbaik. Dengar cerita falsafah bolasepak dia sama dengan Klopp yakni gegenpress. Mungkin sebab diorang dalam satu kelas masa ambil lesen jurulatih dulu. Ini fakta bukan saja nak reka cerita.

Mungkin setakat sekarang misi Ralph Hussentll nak stabilkan Soton dan elak gelincir dari Epl. Kat Bundesliga dia mampu buat dan misi tu sekarang nampak macam dah berjaya. Halangan dia sekarang ialah bertemu dengan pasukan pencabar juara. Dan Klopp juga kena berhati2 jumpa rakan sekelas. Mungkin Ralph tahu banyak pasal Klopp dan dia mungkin ada sedikit idea camna nak tiaw Klopp nanti. Sebab tu Ralph cakap ala2 Klopp , sebab dia bagitau lawan Klopp ibarat main Catur ada peluang bila lawan silap boleh checkmate.

Abam pasti kali ni kita akan hadap pasukan yang dah bersedia mental fizikal. Kita nak menang tetapi lawan nak sekat kita dari menang dan paling cikai cari seri. Harap Klopp tak fikir nak rehat pemain utama walaupun tak berapa hari lepas ni ke perlawanan Eropah plak lawan Porto. Fokus untuk Soton dan 3 mata itu penting dari segalanya. Kita tahu dua2 ada peluang tetapi cuba tanya semua peminat pasti diorang nak EPL dari UCL jika diberi pilihan salah satu.

10 comments:

  1. liv 3 sou 0

    epl nak cl pun nak muahhhhaaaaa!!

    ReplyDelete
  2. lama abam xmain tikam² kat sini..
    almaklum busy sikit..
    semakin mendebarkan..
    fuuhhhh...
    abam tikam Southampton 0-4 Liverpool..
    kemarau goal Salah berakhir..
    Amin..
    #ynwa..

    ReplyDelete
  3. Lineups
    Goalkeeper
    28 Angus Gunn
    Defence
    43 Yan Valery
    Defence
    35 Jan Bednarek
    Defence
    3 Maya Yoshida
    Defence
    21 Ryan Bertrand
    Midfield
    14 Oriol Romeu
    Midfield
    23 Pierre-Emile Hoejbjerg
    Midfield
    16 James Ward-Prowse
    Midfield
    17 Stuart Armstrong
    Forward
    22 Nathan Redmond
    Forward
    9 Danny Ings
    Injured
    61 Michael Obafemi
    Injured
    4 Jannik Vestergaard
    Coach
    Ralph Hasenhuettl
    Goalkeeper
    13 Alisson Becker
    Defence
    66 Trent Alexander-Arnold
    Defence
    32 Joel Matip
    Defence
    4 Virgil van Dijk
    Defence
    26 Andrew Robertson
    Midfield
    5 Georginio Wijnaldum
    Midfield
    3 Fabinho
    Midfield
    8 Naby Keita
    Forward
    11 Mohamed Salah
    Forward
    9 Roberto Firmino
    Forward
    10 Sadio Mane
    Coach
    Juergen Klopp

    ReplyDelete
  4. 06.04. 03:00 Finished
    Southampton
    1 - 3
    Liverpool

    ReplyDelete
  5. 1. Liverpool 33 25 7 1 75:20 82

    2. Manchester City 32 26 2 4 83:21 80

    3. Tottenham 32 21 1 10 60:34 64

    4. Arsenal 31 19 6 6 65:39 63

    5. Chelsea 32 19 6 7 55:34 63

    6. Manchester Utd 32 18 7 7 61:43 61

    7. Wolves 32 13 8 11 40:39 47

    8. Watford 32 13 7 12 47:47 46

    9. Leicester 32 13 5 14 42:43 44

    10. Everton 32 12 7 13 45:42 43

    11. West Ham 32 12 6 14 41:48 42

    12. Bournemouth 32 11 5 16 43:58 38

    13. Crystal Palace 32 10 6 16 38:43 36

    14. Newcastle 32 9 8 15 31:42 35

    15. Brighton 31 9 6 16 32:46 33

    16. Southampton 32 8 9 15 36:53 33

    17. Burnley 32 9 6 17 37:59 33

    18. Cardiff 32 8 4 20 28:61 28

    19. Fulham 33 4 5 24 30:76 17

    20. Huddersfield 32 3 5 24 18:59 14

    ReplyDelete
  6. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    -Situs Aman dan Terpercaya.
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
    - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    8 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

    Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete