Pages

Feb 21, 2011

REMAJA TONGGAK MASA DEPAN



Sememangnya video diatas mengetengahkan Raheem Sterling sebagai bintang masa depan dan mungkin bintang musim depan siapa tahu. Tapi kredit juga harus diberikan kepada ramai lagi pemain muda yang lain lebih-lebih lagi pemain yang masuk sejak tadika dalam Akademi Liverpool. Saya rasa terdapat dua nama yang mungkin agak menonjol bermain dalam skuad remaja kita, tetapi telah menonjolkan diri diperingkat antarabangsa juga. Mereka ialah Conor Coady kapten England b-19 dan Andre Wisdom bek England b-19 yang memenangi Piala Eropah remaja menewaskan Spain tahun lepas.

Jika ditakdirkan kedua-dua mereka ini berjaya naik dengan cemerlang kita boleh lihat pengganti Gerrard dan Carragher. Betul cakap King Kenny, setiap pemain remaja perlu diasuh bukan sahaja dari segi teknikal dan fizikal, namun mereka perlulah mempunyai mental yang tahan lasak. Contoh terbaik Gerrard, sejak masuk sebagai pemain simpanan beliau tidak menoleh kebelakang dan siapa tidak akui kemampuan teknikal, fizikal dan mental beliau sepanjang 10 tahun sebagai pemain utama. Pemain muda perlu korek rahsia peribadi Gerarrd, macamana dari seorang pemain hingusan hingga menjadi bualan setiap peminat bola.

Tapi ada juga pemain yang nampak macam bakal bintang seperti John Welsh dan Neil Mellor bukan main menyengat untuk skuad simpanan tetapi tak mampu menapak keperingkat seterusnya untuk menjadi pemain utama.Disinilah keupayaan pemain muda hanya perlu diukur dari segala sudut. Tak boleh terus nak bubuh semata-mata hebat ketika muda. Lihat Michael Owen, tak sampai 30 sakit sini sakit sana. Sebab apa dia naik awal dan kena pula ketika itu kejatuhan prestasi Fowler. Sebab itulah ramai yang tak puashati kenny tak mainkan Raheem pada malam kita seri di Prague, padahal Kenny sudah masak dengan pedadogi untuk melatih pemain muda.

Namun bagi saya pula pemain yang perlu digunakan sekarang ialah Dani Pacheco kerana pemain sebegini akan mendapat menafaat dari pengalaman bermain. Elok sangat jika beliau main berbanding Ngog yang dah teruji malas. Selain itu Pacheco layak juga bermain dibahagian sayap dengan skil dan kelicikannya. Wilson juga perlu rajin diturunkan semetara Agger dan Skrtel masih kurang sihat. Mereka perlu diberi peluang sebagaimana Kelly mendapat peluang dengan bekerja keras serta menunjukkan aksi terbaik bila diberi peluang.

No comments:

Post a Comment