Pages

Oct 24, 2008

Sammy Lee=ramuan rahsia musim ini?

Kita mempunyai Penyerang terbaik didunia, Fernando Torres, pemain yang mempunyai karekter ,skill dan calon Pemain terbaik Eropah. Kita juga mempunyai Midfied maestro yang boleh melakukan magis takkala harapan kabur. Di Benteng pula, Carragher bagaikan Menteri Pertahanan yang akan melakukan apa saja dari dibolosi. Dan Reina, penjaga gol merangkap sweeper merupakan penalti saviour untuk kita. Serta pemain-pemain hebat lain yang mempunyai karektor-karektor sendiri. Diadun pula oleh kepintaran Taktikal Guru Benitez, yang boleh melakukan magis, dari ketinggalan kepada kemenangan.

Tetapi itu rasanya tidak mencukupi jika tiada adunan dari mereka dari belakang tabir, salah seorangnya adalah Sammy Lee. Penolong Jurulatih berpengalaman ini pernah di Anfield sebagai pemain dan jurulatih sebelum ini diera Souness, Evans dan juga Houllier dulu, pernah melatih England dan pernah menjadi Pengurus Bolton seketika. Beliau dikatakan merupakan faktor penyumbang kepada kebangkitan Liverpool musim ini. Pemain-pemain lebih dekat dengan beliau kerana cara layanan beliau, serta keperihatian membentuk moral dan semangat pemain. Lihat sahaja dibangku simpanan, beliau agak berlainan dengan Alex Miller, lebih banyak berinteraksi dengan jurulatih dan pemain.

Semoga beliau dapat menjadi nadi kebangkitan Liverpool untuk mengejar no-19.


No comments:

Post a Comment