Pages

Nov 1, 2008

Alonso vs Barry

Artikel ini ingin membawa pembaca membuat penilaian bagaimana Rafa Benitez berkeinginan untuk mendapatkan pemain Aston Villa, Gareth Barry dan sanggup mengorbankan Xabi Alonso. Rafa seperti yang kita ketahui mempunyai rekod yang baik dalam Kejohanan Eropah sebelum ini tetapi dalam Liga pula beliau masih tercari-cari rentak untuk bersaingan bersama dalam kelompok 4 terbaik musim lalu. Walaupun musim ini Liverpool masih belum tewas, dan Alonso merupakan nadi penggerak dibahagian tengah dan baru-baru ini telah membawa Liverpool memintas Chelsea, namun ada sesuatu kekurangan pada beliau yang membuatkan Rafa tetap berkeinginan kepada Barry. Rafa sempat berseloroh tentang Alonso, dengan menyatakan beliau perlu meletakkan lebih ramai pemain dalam senarai untuk dijual barulah ada perubahan drastik dalam prestasi pemain tersebut.

Mari kita lihat Kriteria kedua-dua pemain untuk membuat perbandingan. Alonso adalah seorang pemain Midfield yang membuka permainan dari bawah dan melakukan hantaran jauh dan dekat dan kurang melakukan larian atau gerakan serangan. Beliau mempunyai disiplin dan dan teknikal yang tinggi dan mempunyai visi hantaran jauh dan antara terbaik didunia. Gaya permainan beliau boleh disamakan seperti Juan Sebastian Veron (bekas pemain Man U dan Inter Milan) dan juga Adreas Pirlo (AC Milan). Dari segi kekurangan beliau (mungkin di EPL sahaja), beliau tidak mempunyai fizikal yang teguh dan tenaga untuk bersaing depan pemain-pemain pasukan lain yang lebih agresif .Beliau jarang membantu serangan atau berada diposisi serangan apabila pemain Midfield lain berada diposisi lain. Walaupun beliau kadang-kala berada dalam posisi terbaik untuk melakukan rembatan luar kotak, namun kebanyakannya tidak menepati sasaran dan tidak menghasilkan gol.

Gareth Barry bukan nama asing bagi peminat EPL, pemain yang mulakan karier seawall usia remaja bersama Aston Villa ini memulakan kareir sebagai pemain Bek Kiri . Pemain serbaboleh ini bermain pelbagai posisi dari Bek Tengah kepada Midfield Kiri dan baru-baru ini telah dijadikan pemain Midfield Tengah oleh Martin O’Neil. Kekuatan fizikal dan tenaga serta stamina merupakan ciri yang ada pada Barry. Permainan Barry boleh dikatakan seimbang, beliau boleh bertahan dan menyerang pada masa yang sama, mempunyai cirri-ciri ada pada Gerrard namun sedikit kurang dari aspek visi serangan. Beliau juga dapat bertukar-tukar hantaran dengan pemain serangan dan boleh berada di posisi serangan bila-bila masa dan juga dapat menjaringkan gol (vs Blackburn). Dari segi teknikal, Barry mempunyai hantaran jauh dan dekat yang baik namum dari segi hantaran satu dua beliau antara yang terbaik selepas Lampard. Hantaran lintang dan sepakan percuma beliau yang melencong amat berbahaya dan memberikan advantage kepada penyerang tinggi seperti Carew. Dan terakhir sekali pengalaman beliau hampi 10 tahun di kancah EPL tidak dapat disangsikan dengan bermain dengan pelbagai corak permainan dan telah bermain dengan pasukan England dengan baik sekali.

Rumusannya Rafa memerlukan Barry sebagai gandingan atau pelengkap Gerrard dan juga kebolehan bermain dipelbagai posisi dan mempunyai pengalaman di EPL merupakan faktor utama untuk beliau menumpukan usaha mendapatkan gelaran Liga yang diidamkan oleh peminat.

1 comment:

  1. diharap benitez dapat kekalkan Alonso, kerana faktor beliaulah Liverpool berada dalam pencabar Liga

    ReplyDelete