Pages

Nov 4, 2008

Keane jadi keresahan peminat

Sejak awal karier beliau di Wolves,Coventry, Inter Milan,Leeds dan Spurs, Robbie Keane bukanlah pemain taktikal, yakni mempunyai disiplin untuk menerima arahan teknikal dari jurulatih. Boleh dikatakan beliau kurang menggunakan kepintaran, tetapi lebih kepada gerak rasa dan permainan pantas. Lihat sahaja gandingan beliau di Spurs. Keane lebih serasi berganding dengan Berbatov berbanding Defoe ataupun Mido. Ini kerana Berbatov banyak membuka peluang untuk Keane membuat larian serangan dan juga peluang Gol.

Corak dan formasi Benitez mungkin belum serasi dengan beliau, tetapi bagi pemain yang mempunyai reputasi dan pengalaman seperti Keane, adalah wajar beliau melipat-gandakan usaha serta memperbaiki persembahan beliau. Setakat ini hanya 2 gol telah dijaringkan beliau, itupun dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah. Dari semua perlawanan yang beliau bermain sebelum ini, tidak banyak gerakan berbahaya serta peluang yang beliau sudahkan. Malah dalam keadaan yang sesuai untuk melakukan rembatan beliau akan mengumpan bola kepada rakan, sebaliknya jika rakan mempunyai kedudukan sesuai beliau melakukan percubaan sendirian.

Mungkin kegagalan beliau untuk menyerlah musim pertama beliau akibat tekanan berikutan harga perpindahan beliau sebanyak 20juta pound, dan peminat mahukan persembahan beliau berbaloi dengan harga yang dilaburkan.

No comments:

Post a Comment