Pages

Nov 2, 2008

Spurs lebur rekod Liverpool

Totenham Hotspurs 2-1 Liverpool

Perlawanan semalam berlansung dalam cuaca yang teruk dimana padang licin dan hujan lebat mengakibkan permainan Liverpool walaupun agak baik namun tetap tidak memuaskan hati.
Seawal minit ke 3, Dirk Kuyt berjaya menjaringkan gol ke 4 liga musim ini dengan rembatan deras melewati jangkauan Gomes. Namum peluang demi peluang selepas itu gagal dimenafaatkan oleh Liverpool telah membuat Spurs yang berusaha bermatian-matian di akhir babak kedua berjaya hasilkan gol melalui gol sendiri Carragher dan gol masa tambahan oleh Pavlychenko yang meranapkan impian Liverpool.
Kekalahan ini membuatkan Liverpool turun ketangga kedua dan melonjakkan Chelsea yang membelasah Sunderland 5-0 dengan kelebihan jaringan.

No comments:

Post a Comment