Pages

Dec 3, 2008

Valencia diintai Liverpool

Antonio Valencia sebelum ini telah dikaitkan dengan Liverpool awal musim ini tetapi Rafa cuba memberikan peluang terakhir kepada Pennant. Namun setelah hilang sabar dengan persembahan dan gelagat Pennant didalam dan dilura padang, rafa telah meletakkan Pennant dalam senarai untuk dijual.

Posisi Sayap Kanan kini telah diisi oleh Kuyt dan Benayoun, tetapi Rafa tetap mencari pemain yang ideal untuk posisi tersebut. Sekali lagi nama Valencia menjadi antara senarai pemain yang mungkin dibida untuk mengisi posisi itu.

Tetapi Liverpool bukan sahaja kelab yang beria-ia mendapatkan pemain sayap Equador itu, dilaporkan Man U dan Aston Villa juga berminat mendapatkan pemain yang bernilai £7juta itu.

Lagi satu kemungkinan adalah Adam Hammil , pemain muda yang dipinjamkan ke Blackpool awal musim ini mungkin akan kembali bersaing untuk posisi sayap kanan itu.

No comments:

Post a Comment