Pages

May 22, 2009

Benitez mahu berbelanja besar

LONDON - Rafael Benitez menjelaskan bahawa beliau mungkin akan membuat satu lagi rekod perpindahan termahal di Liverpool pada musim perpindahan ini.

Pada dua musim lepas, pengurus The Reds itu telah berbelanja lebih £20 juta (RM110.5 juta) untuk membawa Fernando Torres dan Robbie Keane.

Meskipun Benitez percaya beliau akan diberi dana £20 juta (RM110.5 juta) untuk berbelanja, namun beliau tetap merancang untuk menjual pemainnya bagi menambah dana tersebut.

Ketika ini, Liverpool hangat dikaitkan dengan penyerang Argentina, Carlos Tevez, namun mereka mengesahkan belum membuat sebarang tawaran kepada ejen pemain itu.

Begitupun, Benitez dipercayai mahu menggandingkan Tevez sekali lagi dengan rakan senegaranya, Javier Mascherano yang menyertai The Reds selepas bermain bersama-samanya di West Ham pada 2006.

"Kami mungkin akan membuat rekod perpindahan baru kelab te tapi sudah pasti tidak sebanyak Manchester United. Namun, harga bukan perkara utama, apa yang penting ialah mencari dan membeli pemain yang betul," kata Benitez yang berminat untuk membawa David Silva, Gareth Barry, Glen Johnson dan Tevez ke Anfield.

Biarpun telah menjamin kedudukan mereka sebagai naib juara Liga Perdana England di belakang United, Benitez juga sedar bahawa beliau perlu berbelanja dengan betul pada musim perpindahan nanti.

"Langkah seterusnya ialah untuk mengatasi Manchester United dan itulah yang paling sukar sekali. Semuanya adalah kerana cara wang yang mereka laburkan, itulah perbezaan utama," kata Benitez.

"Jika mahu mengurangkan jurang ini, kami perlu berbelanja dengan bijak pada musim panas nanti. Ia mampu menjadi perbezaan di antara memenangi lebih dua atau tiga mata di mana amat kami perlukan untuk memenangi kejuaraan.

"Apabila kamu ada wang yang banyak, ia lebih mudah kerana tiada siapa yang akan sedar kesilapan kamu. Bagi kami amat penting untuk memburu pemain yang bagus dan memberikan kami kejayaan." - Agensi

No comments:

Post a Comment