Pages

May 1, 2009

Rafa pantau pengganti Dossena

Dalam edisi Euro2008, nama Arshavin telah muncul sebagai pemain terbaik Russia dalam kejohanan itu, namun saya agak tertarik dengan Bek Kiri Russia iaitu Yuri Zhirkov. Tetapi ketika Rafa mencari pemain Bek bagi menggantikan Riise, saya hairan kenapa nama Yuri Zhirkov tiada dalam senarai beliau. Tetapi Dossena pula yang dibeli setelah nama besar seperti Chellini dari Juventus dan Juan Manuel Vargas, dari Siena yang sepatutnya diberi perhatian.

Namun kini akhirnya saya agak gembira apabila nama Zhirkov dikaitkan dengan perpindahan musim depan. Beliau pastinya masuk samada untuk menggantikan Dossena ataupun Babel yang dikatakan bakal dilelong. Zhirkov yang berupaya bermain sebagai fullbek, Wingbek dan Sayap disebelah kiri merupakan pemain mantap dari segi skil, teknik dan Fizikal. Jadi pemain utiliti ini memang sesuai dengan kehendak taktikal Rafa.

Namun bukannya mudah mendapatkan pemain berharga ini. CSKA Moscow dikatakan meletak nilai £15juta untuk pemain berumur 25 tahun ini. Selain itu Chelsea yang dimiliki Mafia Russia, pastinya tidak membiarkan Zhirkov lepas kepada Liverpool dengan mereka juga sedang memantau pemain itu. Jadi Zhirkov adalah sasaran terbaik jika Rafa inginkan posisi kiri mantap dan relevan.

No comments:

Post a Comment