Pages

Aug 3, 2009

Rafa masih kekalkan kayu mati?

Saya hanya ingin melontarkan komentar seorang sahabat tentang perkembangan semasa Kelab kesayangan kita, Liverpool FC. Begini pendapat beliau. Sebagai peminat yang begitu fanatik dan terlalu optimis, beliau begitu terkilan dengan sikap Rafa yang masih cuba memberikan peluang kepada kayu mati seperti Voronin, Lucas, Degen dan Dossena. Katanya Rafa terlalu ego atau cuba meyakinkan dunia luar bahwa beliau masih mempunyai peluang menggunakan pemain haprak begitu. Sebaiknya katanya lagi, sepatutnya Rafa awal-awal lagi membuka peluang kepada kelab luar untuk membeli kayu mati tersebut. Dan wang lebihan tersebut boleh digunakan untuk menampung pembelian pemain yang lebih berkualiti.

Apabila saya kembali menyoal kepada beliau, bagaimana caranya hendak menjual jika tiada sesiapa yang berminat. Beliau agak diam seketika. Tetapi dengan yakin sekali mengatakan bahwa ada kelab inginkan mereka seperti Dossena pernah dikaitkan dengan Juventus, Voronin dengan Hull, Lucas pula katanya pernah dikaitkan dengan kelab di Itali dan Degen pula pasti akan kembali ke Bundesliga kerana beliau gamor disana. Jawapan itu agak rasional kerana kawan saya ini terlalu taksub dengan tabloid sukan di England rasanya. Tetapi pada hakikatnya kesemua peminat yang lebih realistik faham yang kewartawan sukan di England hanya sekadar ingin menjual berita tanpa merujuk kesahihannya.

Jawapan saya agak mudah. Tak sesiapa yang mungkin memahami pendirian Rafa. Tetapi sekurang-kurangnya kita faham yang selagi mana pemain-pemain tersebut belum menyalin jersi pasukan lain mereka akan dilayan sebaik mungkin. Pasukan memerlukan skuad yang mantap dan besar bagi memenuhi tuntutan jumlah perlawanan. Peluang bermain tetap ada jika mereka bekerja keras ketika sesi latihan dan menunjukkan peningkatan. Tetapi jika mereka itu terlalu mengharapkan untuk bermain sebagai kesebelasan utama, maka Rafa akan mencari kelab luar untuk mereka samada sebagi pinjaman tetap atau menjadi lelongan. Dan pada masa itu pemain lain akan mengambil alih posisi mereka.

No comments:

Post a Comment