Daniel Pacheco tiba Barcelona ke Anfield, awal musim 2007, ketika hanya berusia 16 tahun. Penyerang kenit ini dianugerahkan teknik gelecekan dan kepantasan larian. Beliau merupakan pemain yang mengangotai skuad yang memenangi Piala Liga Simpanan 2007/08. Walaupun begitu pemain yang dijangka bakal meletup ini,belum lagi beraksi dalam perlawanan utama.
Hanya beberapa pemian sahaja seperti pemain remaja tempatan, Ayala, Plessis dan Nabil El Zhar yang berjaya menempah tempat untuk perlawanan senior. Hanya Ngog sahaja yang terus sahaja diberi peluang sebaik sahaja dibeli dari PSG walaupun beliau turun dalam skuad simpanan juga.
Ramai berharap yang Pacheco akan dapat bermain untuk pasukan utama kelak memandangkan pembabitan dalam skuad simpanan dan juga perlawanan pra musim baru-baru ini. Apakah beliau mampu melakukan seperti Yossi Benayoun untuk pasukan utama? Anda mungkin tertanya-tanya mengapa nama Yossi dikaitkan dlam kes ini. Jawapannya ada dibawah
1) Saiz Fizikal
Kedua-dua mereka berada dalam kategori pemain bertubuh kecil dalam arena bolasepak. Cuma Pacheco lebih pendek 2 inci dari Yossi namun agak berisi dari Yossi.
2) Posisi dalam pasukan.
Yossi merupakan penyerang utama atau penyerang bantuan ketika diawal pembabitan bolasepaknya. Namun ketika bermain di La Liga bersama Racing Santander beliau telah beralih kepada posisi pemain tengah menyerang. Di West Ham juga beliau telah bermain dalam posisi sayap disamping di posisi tengah. Sehingga kini Rafa telah menggunakan Yossi dipelbagai posisi samada tengah, sayap atau penyerang dan boleh dikatakan beliau tidak menghampakan dalam posisi yang diberikan.
Sama seperti Pacheco, beliau merupakan penyerang utama ketika dalam skuad remaja Barcelona. Dan apabila bermain dengan skuad remaja kita beliau juga menerajui serangan. Namun ketika ini beliau telah diserapkan dalam posisi tengah menyerang dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Dengan kebolehan dan skil yang sediaada beliau boleh menjadi perancang tengah yang berjaya. Saya juga tidak terkejut yang Rafa akan menggunakan Pacheco dibahagian sayap sepertimana Yossi kerana kepanatasan beliau.
3) Kebolehan menggelecek
Kedua-dua mereka mempunyai kaki yang licik apabila mengelecek bola. Walaupun tidak mempunyai larianyang sangat pantas tepati lihat sahaj gerakan Yossi ketika membenam Burnley baru-baru ini. Menarik bukan.
Namun amat sukar bagi kita untuk menjangka bila pemain yang amat disukai oleh peminat ini akan bermain perlawanan sulung beliau dalam kesebelasan utama. Bermain dalam Piala Liga mungkin tidak menjadi masalah kerana Rafa akan menggunakan perlawan itu sebagai medan ujian pemain muda. Tetapi untuk bermain dalam perlawanan Liga Perdana memerlukan kebolehan luarbiasa dan kepercayaan Rafa barulah impian itu terlaksana.
Namun kerana dalam skuad utama beliau masih belum mempunyai nombor jersi, maka dalam masa terdekat ini beliau mungkin jauh dari terbabit dalam kesebelasan utama. Disamping itu beliau terpaksa bersaingan dengan bukan sahaja Yossi, malah pemain hebat seperti Gerrard, Kuyt, Riera, Babel malah El-Zhar yang pernah bersam skuad utama musim lalu.
aku tak penah tgk pacheo main, so susah sket nk judge dia..
ReplyDeletetapi rasa mcm terkilan sket sbb rafa loan kan krystian nemeth, bekas striker liga remaja dan liga simpanan tu..
kalau di tengok dr permainan dia dlm beberapa perlawanan persahabatan, boleh tahan juga bdk nemeth ni..
ptut rafa bg peluang kat dia utk main 1st team player..
http://liverpool-malaysia.blogspot.com/