Pages

Sep 25, 2009

Skuad Rimau bertandang ke Anfield



Tiada lagi yang istimewa Skuad Harimau, Hull City pada musim ini. Mereka bergelut dengan persembahan longlai 4 perlawanan terdahulu tanpa sebarang kemenangan, dan hanya mengumpulkan 4 mata dari 6 perlawanan. Rentak mereka sudah dapat dibaca lawan. Malahan pengurus mereka, Phill Brown semacam sudah tiada idea untuk meningkatkan prestasi anak buah beliau seperti musim lalu.

Tiada kejutan seperti awal musim lalu. Boaz Myhill tidak sekebal dahulu diposisi gawang. Gandingan Zayatte-Turner telah digantikan dengan Zayatte-Sonko. Ketiadaan Turner jelas menunjukkan Hull begitu bergantung kepada pemain pertahanan yang pernah dikaitkan dengan Liverpool awal musim ini. Geovanni pula tidaklah sehebat dulu. Kurang sangat impak beliau dalam bentuk jaringan dan persembahan beliau seakan lesu. Penyerang pula usah cerita, tiada seorang yang boleh diharap.

Cuma dalam keadaan pasukan yang agak longlai, ada seorang pemain yang bakal menjadi tumpuan dalam skuad Hull. Saya bukan bermaksud Jimmy Bullard, tetapi pemain tersebut adalah Stephen Hunt. Siapa yang tak kenal bekas pemain Reading ini. Ingat lagi peristiwa kita dilaukkan 3-0 oleh Reading dua musim lalu. Jika ingat pasti kita tidak lupakan kelibat pemain bertubuh kecil ini yang sangat licik dan lincah. Saya rasa beliau perlu diawasi sebaik mungkin oleh pemain tengah kita.

Dan saya dapat menghidu yang Hull akan mempergunakan sistem pertahanan zon yang longgar musim ini. Dan mereka telah bersiap-sedia mendapatkan sepakan percuma dikawasan berbahaya dan menggunakan kesempatan itu untuk melakukan kejutan di Anfield. Cuma dengan cara itulah pasukan bawahan dapat sekurang-kurangnya mencari gol kerana pasukan kita belum bolos dari permainan terbuka.

1 comment:

  1. harapnya tak jadi macam musim lepas..
    cuma seri 2-2 sebab defend memang tak alert langsung masa game tu..
    harap carra lebih berhati-hati dalam game ni...

    http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete