Pages

Sep 27, 2009

Torres julang Liverpool



Seperti yang dijangka, Liverpool mudah menjinakkan Skuad Harimau dengan keputusan 6-1. Gol pertama Torres seawal minit ke 12 boleh dikatakan amat mudah dengan merembat dari sebelah kiri dengan kaki kiri. Gol kedua pula kita boleh saksikan beliau ibarat berlatih menggelecek kon, kerana hampir 4 orang pemain termasuk penjaga gawang digentel dan melakukan penyudah dengan kaki kiri. Gol hattrik beliau beliau boleh dikatakan hampir sama dengan kedua-dua gol tadi kerana dijaringkan dengan kaki kiri juga. Torres dikeluarkan sesudah gol ketika mungkin memberikan ruang untuk bek Hull bernafas.


Gol keempat Liverpool sebenarnya bukan disengajakan oleh kapten Gerrard. Beliau mengakui yang beliau sekadar mahu melakukan hantaran lambung sahaja. Dah memang rezeki, buat macamana pun nak masuk ia masuk juga. gol ini mungkin bakal dinobatkan gol terbaik minggu ini. Gol kelima oleh Babel aadalah hasil usaha beliau sendiri. Dia membuat larian dari tengah dan melakukan hantaran kepada Kuyt dan menerima kembali hantaran pada posisi cantik tanpa dapat dihalang oleh Bek Hull. Dan terakhir sekali rembatan kencang Riera tertampan kaki Babel untuk gol terakhir malam tadi.


Liverpool telah memecahkan rekod kelab semenjak seabad lalu, paling terakhir musim 1895-96, kali ini dengan pencapaian 22 gol dari 7 perlawanan. Dari pasukan bertaktik bertahan, Liverpool telah menjadi pembuli gol musim ini. Apa yang jelas kemasukan pemain baru seperti Johnson serta pembabitan pendatang baru dari simpanan iaitu, Insua telah banyak merubah corak serangan musim ini. Walaupun begitu gandingan Kuyt , Riera dan Benayoun yang merupakan eksperimen terbaru Rafa memang menjadi. Malah ketiadaan Mascherano tidak menjadi masalah buat Rafa untuk menggandingkan Gerrard dan Lucas kerana tiada tentangan hebat ditengah padang.


Masa depan kedua-dua pengurus pasukan amat berbeza. Rafa boleh kembali mendabik dada. Hanya 3 mata dipisahkan oleh pendahulu bersama Chelsea dan Man U boleh dikatakan kembali membawa pasukan kita merapatkan jurang persaingan untuk kejuaraan Liga Perdana. Pengurus Hull pula, Phill Brown hanya boleh berdoa agar peluang untuk meneruskan khidmat beliau di KC Stadium masih panjang.

4 comments:

  1. herm Liverpool hanya melakukan sistem bertahan untuk piala eropah jer..pasal memerlukan sistem timbal balik ngan perbezaan gol ditempat lawan..tapi kalau dalam epl liverpool adalah pasukan menyerang

    cuma kerisauaan sekarang adalah mengenai pertahanan yang amat longar dari pemaian pertahanan liverpool huuu

    ReplyDelete
  2. aku rasa kena maintain line up ni lucas ada peningkatan. last 2 gol dari gerakan dia... Chelsea kena keje keras nextweek...

    ReplyDelete
  3. yup..
    formation lwn hull ni aku rasa mmg terbaik la...
    wing kiri kanan pun hidup...
    agak puas hati la..

    cume mascherano je yg tak puas hati sbb kena duduk kt bench..heheh

    ReplyDelete
  4. gol kedua tu bukan dgn kaki kiri...kaki kanan le:)

    ReplyDelete