Pages

Nov 24, 2009

Liverpool intai bisa Nistelrooy (Sinar)

Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Real Madrid, Ruud van Nistelrooy secara pinjaman apabila pintu perpindahan pemain dibuka semula Januari tahun depan.
Nistelrooy sebelum ini pernah membuat kenyataan ingin meninggalkan Santiago Bernabeu jika tidak dapat beraksi dalam kesebelasan utama Real sebagai usahanya untuk kembali beraksi bersama skuad kebangsaan Belanda pada Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.

Hasrat Nistelrooy dilihat sukar kerana Real ketika ini dilihat memiliki jentera serangan berbisa dengan kehadiran Kaka, Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema. Ini memungkinkan dia meninggalkan kelab Galacticos itu Januari nanti. Liverpool yang semakin terdesak untuk mengejar Chelsea dan Manchester United dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) amat berminat untuk membawa Nistelrooy ke Anfield tetapi perlu bersaing dengan Tottenham Hotspur dan Manchester City yang turut menunjukkan minat terhadap pemain berkenaan.

Tetapi Nistelrooy dilaporkan lebih berminat untuk menyarung jersi The Reds meskipun menyedari permusuhan kelab itu dengan bekas kelabnya, Manchester United. Dia sebelum ini menikmati lima musim yang indah di Old Trafford, apabila menjuarai EPL dan Piala FA serta meledak 150 gol dalam 219 penampilan bersama Red Devils.

 

KOMEN: Jangan lepaskan peluang untuk melihat muka Ferguson ketika RVN menjaringkan gol sulung buat kita di Old Trafford nanti. Kalau RVN boleh beri komitmen seperti Paul Ince maka makin panas perang Rafa-Fergie. Risiko memang ada tapi kalau dengan modal yang kecil mungkin akan berbaloi-baloi. Apa pun kena tunggu sampai jadi baru boleh komen kaw-kaw lagi.

No comments:

Post a Comment