Pages

Jan 11, 2010

SELAMAT JALAN MAT TOCANG

 

Akhirnya Mat Tocang Voronin telah menjadi milik kelab Moskow dengan perpindahan 1.5 juta pound. Ada juga duit buat Rafa, walaupun Voronin datang percuma. Mungkin sebagai nak ganti balik gaji yang beliau perabis selama 3 tahun di Anfield. Boleh dikatakan semasa tiap-tiap kali perlawanan pra-musim semua peminat akan melihat Voronin yang hebat dan merupakan penjaring gol utama, mengalahkan Torres. Tapi masuk musim Liga, nak bubuh 5 gol pun susah nak mampus. Nasib baiklah beliau pergi awal kerana ada pun bukannya boleh diharap. Baik beri peluang kepada pemain muda seperti Ngog, Nemeth dan juga Ecceleston. Walaupun tiada jasa sangat tetapi peminat takkan lupakan “The Crow” yang tak ganas langsung.

No comments:

Post a Comment