Pages

Feb 20, 2010

PEMAIN PUJAAN RAFA II

Dalam tulisan sebelum ini saya kupas tentang Pirlo adalah pemain yang Rafa amat sukai dan pastinya jika ada sepertinya Rafa akan cari sampai dapat. Tetapi buat masa  sekarang hanya ada seorang pemain yang telah cuba diolah oleh Rafa dalam acuan Pirlo/Xabi. Tak lain tak bukan dia ialah Lucas Pirlo Leiva.  Jangan terkejut lemah jantung, ini bukannya pandangan saya seorang malah ramai pemerhati bolasepak lain.

Kebelakangan ini semenjak ketiadaan Xabi Rafa terus-menerus bagi Lucas main tempat Xabi. Ikut kita lebih baik Rafa letak pemain lain seperti Gerrard ataupun Aquilani untuk main dengan Masherano yang lebih bertahan. Walaupun ramai yang mencela permainan Lucas yang terlalu sederhana tanpa nampak begitu canggih dalam hantaran seperti hantaran jauh tepat Xabi, namun sekali sekala Lucas tidak menghampakan apabila melakukan perkara yang sama.

Corak permainan dimiliki oleh Lucas hanya sesuai untuk pasukan latin, tetapi Rafa cuba untuk merubah persepsi peminat dan pemerhati. Itu yang kita tengok lain macam betol Lucas main dengan Liverpool. Tapi saya pernah tengok beliau main tengah untuk Brazil tak silap dalam perlawanan persahabatan. Perghh. Mengancam. Betul macam Dunga. Cuma Dunga Nampak lebih agresif tetapi Lucas lebih bersopan.

Jadi itulah rahsianya Lucas menjadi buah hati pengarang jantung Rafa. Kemasukan Aquilani mungkin menggantikan Xabi dalam kesebelasan utama tetapi bukannya menjadi nadi pasukan seperti Xabi. Kerana Aquilani pemain yang tidak duduk diam, suka bersiar-siar satu padang. Satu lagi kalau Mascherano jadi ke Barcelona musim depan saya pasti tempat beliau takkan diisi sebab Aquilani dan Lucas akan diberikan peranan utama.

No comments:

Post a Comment