Pages

Mar 1, 2010

MENANG YANG TAK MUDAH

TORRES KEMBALI GEGAR ANFIELD


GERRARD SUMBER INSPIRASI PASUKAN
<

Untuk makluman aku tak sempat tengok secara langsung perlawanan ini cuma lihat dari web sahaja. Menang 2-1. Gol dari Torres dan Gerrard, manakala Andrew bubuh penalti kerana Carragher pegang bola dalam kotak. Tak percaya yang Torres menjaringkan gol ke-13 musim ini dari 17 penampilan. Kalau sihat sepanjang musim nescaya nasib tidak semendung ini.

Menang perlawanan ini tidak mengubah kedudukan sangat kerana masih ditangga ke-6. Ini kerana Spurs dan Man City juga menang minggu ini. Villa juga ada peluang pintas kita kerana masih ada 2 perlawanan lagi. Apa pun tahniah buat Rafa kerana berjaya membuatkan Sam Boroi terkelu lidah. Namun Blackburn telah diisytiharkan pemenang juga kerana mengatasi Liverpool 5-1 dalam pungutan kad kuning.

1 comment: