Pages

Apr 29, 2010

ADAKAH EPIK KEMBALI BERULANG

Pagi nanti merupakan penentuan bersejarah untuk pasukan kita. Tiada lagi unjuran statistik yang boleh diguna pakai, Cuma boleh meyedapkan hati peminat saja. Mungkin ada badi lawan yang akan singgah ke Anfield. Hero dikampung sendiri tapi barai bila dengar Kopster memberikan sorakan keramat sokongan padu pemain ke 12 bak kata pengulas sukan.

Tetapi itu bergantung pada mana persiapan dan senjata yang kita ada. Setakat ini hanya Ryan Babel merupakan pemain senior penyerang yang sihat wal-afiat. Kuyt dan Ngog masih belum pulih sepenuhnya dan alternatif lain mungkin meletakkan Aquilani mungkin juga Pacheco yang masih berhingus didepan barangkali.


Diposisi tengah boleh dikatakan tidak merisaukan, Cuma sedikit keciwa sebab Maxi tak boleh main. Mungkin Rafa akan bermain corak pokok krismas atau apa saja formasi dengan memasukkan kembali Lucas si anak emas.


Dibahagian pertahanan pula saya syorkan Ayala meyambong kembali tugasan Burnley. Bukan sahaja beliau main tenang, tapi kepantasan beliau mungkin dapat menandingi Aguero. Kalau Kargiakos takut kena titik pula, sebab dia lembab sikit. Yang lain tak banyak nak ubah.


Cuma tika dan saat inilah keheroan Gerrard, pasti dinantikan. Ingat lagi Olympiakos pada 2005. Jaringan pemusnah Gerrard telah membuat bala tentera Greek pulang hampa setelah buat jaringan awal. Mungkin ulangan cerita ala Hero Tamil akan berulang pagi nanti, ayoh saksikan.

3 comments:

  1. terngiang lagi jeritan pengulas masa lawan olimpiakus...

    harap berulang..fuhfuhfuh

    ReplyDelete
  2. reina,
    Masch Carra, Agger, Glen
    Lucas Gerro
    Ben Aqua Kuyt
    Babel

    Main attack kot

    ReplyDelete