Pages

Apr 29, 2010

BELI BARANGAN TEMPATAN

Rafa telah mengubah polisi pandang ke Sepanyol dan beralih kepada motto, Belilah barangan tempatan. Beliau telah nampak dan akur bahawa pemain English amat perlu dalam pasukan Liverpool, kerana identiti kelab perlu dikekalkan. Malah beliau mungkin akur yang pasukan lain seperti Man U masih hebat walaupun ramai pemain British yang kurang dari segi teknikal namun punyai semangat juang tinggi. Oleh itu beliau telah membawa ramai pemain muda England seperti Raheem Sterling yang bakal meletup tak lama lagi.

Dan yang paling terbaru beliau telah berjaya menyaingi kelab Elit EPL lain untuk mendapatkan pemain muda Charlton, Jonjo Shevley. Menurut Rafa pemain ini amat mirip dengan Kapten Gerrard iaitu pemain tengah yang mampu bermain dalam pelbagai posisi. Malah Jonjo juga merupakan penjaring gol utama Charlton. Walaupun belum teruji dalam Liga Perdana, namun sepak terajang liga Inggeris sudah masak untuk pemain berbakat ini.


Harga 1.7juta pound merupakan satu pelaburan yang mungkin tidak berisiko tinggi. Kalau menjadi mungkin 2-3 musim lagi kita mungkin dapat melihat pelapis yang berbakat membawa cabaran Liverpool. Kalaupun mungkin tidak sehebat Kapten Gerrard, setara Danny Murphy atau Jamie Reknapp pon dah kira menjadi.

No comments:

Post a Comment