Pages

Apr 19, 2010

LAWAN TETAP LAWAN

Walaupun sudah tiada lagi peluang untuk ke Liga Juara-Juara Eropah setelah Spurs membuat gila dengan menang berganda dengan pasukan teratas Arsenal dan Chelsea dan mungkin melakukan trebel dengan membenam Man U lepas ini, namun pastikan mata maksimum sehingga akhir musim. Saya akan merasakan Rafa sudah mengibarkan bendera putih dan menyasarkan Piala Europa sebagai saguhati musim ini. Dengan itu pastinya kesebelasan utama akan dirombak untuk memberikan rehat cukup kepada skuad utama.

Ketiadaan Torres mungkin hingga keakhir musim, bakal membuatkan kita terpaksa melihat aksi Ngog, Kuyt dan Babel yang akan berrebut posisi penyerang. Jadi pastinya harapan yang tinggi untuk membelasah West Ham, boleh kita simpan kerana bek West Ham yang diterajui Upson bukan pon boleh tahan juga. Tambahan pula Goli mereka Green sudah bakal jadi goli no.1 England.

Sekarang ini tanggung jawab berat macam memikul batu besar adalah diatas kepala kapten Gerrard. Kalaupun fokus beliau sudah berada di Afrika Selatan sekalipun namun, tangungjawab serta rezeki yang dibayar kelab mesti dibayar dengan mengembalikan rentak kemenangan. Saya rasa jika beliau sudah tidak mahu memikul tanggungjawab sebagai kapten, serahkan pada Carragher mahupun Reina. Tumpukan saja sebagai pemain biasa, kerana musim ini saya nampak Kapten Gerrard sudah longlai memimpin pasukan.

Dengan hanya tinggal 4 lagi lawan untuk mengakhiri musim malang kita
, saya amat berharap Rafa akan memberikan peluang kepada bakat muda untuk menonjolkan diri. Paling tidak gunakan Pacheco yang saya nampak sudah mencapai tahap atau permainan setaraf Benayoun dan Kelly yang ada bakat untuk menjadi fulbek mantap untuk menyaingi Johnson.

4 comments:

  1. yang penting, fokus piala europa...

    ReplyDelete
  2. gerrard bukan x fokus...tp sebelom ni kn die injured...slame ni gerrard mmg susah nk injured kn...tp btol la org ckp,the reds mengharapkn gerrard ngn torres smate2...tiade penggnti didalm padang yg standing ngn diorg...kite x leh salahkan kapten fantastik kite ni...kite kne sokong gerrard...YNWA!!!

    ReplyDelete
  3. next season, with a new sponsor..
    hope liverpool can move on!

    ReplyDelete
  4. ....the new Liverpool chairman BA tuh is a Chelseafan ticket holder!! Harap2 dia ikhlas dedicated himself in rebuilding Liverpool.

    ReplyDelete