Pages

May 23, 2010

SASARAN RAFALUTION 2010 : ADRIANO

Khabar angin ini kira-kira macam 2/10 boleh dipercayai kot. Sumber agak meragukan kerana tiada wawancara samada Rafa atau Adriano mengesahkan cerita tersebut. Tetapi bagi saya walaupun khabar angin tapi agak tidak keterlaluan jika ianya MUNGKIN boleh terjadi.

Pertamanya, Adriano telah berpatah arang dengan Selangor, eh maksud saya Inter Milan. Merajuk sampai balik kampung di Kodiang, Brazil. Ini semua gara-gara Mourinho tegur pasai kerap pergi Kedai Nasi Kandaq.. Memang tidak dinafikan perangai beliau agak keterlaluan dan suka lawan jurulatih tetapi mungkin sekarang dah insaf.

Keduanya, kontrak Adriano bakal tamat tak berapa lama lagi. Barang percuma macam ini akan direbut bukan saja oleh Rafa tetapi Raja Barang Percuma iatu Usin Wenger. Sudah lah semalam dah konpom dapat Camakh, Adriano pon Wenger nak pulun juga. Nasib baiklah Jovanovic setuju main dengan kita musim depan walaupun dah tentu tak main Liga Juara-Juara.

Ketiga dan akhir sekali, risiko yang harus diambil selain tak menjadi atau kerap cedera, ialah pemain macam Adriano mesti mahu gaji macam Torres walaupun belum tentu sebagus Torres. Kalau bagus sekalipun mungkin tak sama dengan Adriano yang saya minati ketika bermain di Parma suatu masa dulu yang mempunyai sikap dan kesungguhan jitu.

No comments:

Post a Comment