Pages

May 24, 2010

SASARAN RAFALUTION 2010 : JAMES MILNER

Martin O'Neil telah mengejutkan semua dengan meletakkan nilai tidak kurang 40juta pound untuk bintang masa depan England, James Milner. Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah Milner sendiri telah menetapkan bahawa kelab seterusnya bagi beliau ialah bukan Chelsea, Man U, Man City mahupun Johor FC, tetapi pasukan Merseyside Merah ataupun Liverpool lah siapa lagi.

Naik seronok dan kembang hidung baca kenyataan itu. Tetapi beliau menegaskan ianya akan berlaku jika hanya O'Neill jadi pengurus di Anfield. Dan satu lagi ialah kenyataan itu tertulis yang dia memberitahu kawan beliau hal ini. Jadi persoalan disini siapakah kawan beliau yang pecah lobang itu. Adakah kawan beliau di Villa atau kawan yang main dengan skuad England tetapi bermain di Anfield.

Saya ada teori mengarut yang ada kena mengena dengan Rafa dan Gerrard. Berkemungkinan besar O'Neill dan Milner masuk ke Anfield dan Rafa ke Inter atau Gerrard ke Real madrid. Sebabnya Mourinho pasti ke Real dan Inter menanti pengurus berkaliber untuk menggantikan beliau. Manakala Gerrard telah memberitahu Milner, yang Milner boleh ambil jersi no 8 apabila Piala Dunia tamat kelak.

Persetan teori itu, kalau boleh saya nak Gerrard dan Milner dalam satu pasukan. Jual saja Macherano dan Lucas kepada sesiapa saja untuk membiayai kos untuk membawa Milner ke Anfield. Ini kerana kita sudah terlepas peluang ini semasa Milner di Newcastle lagi. Dan jangan biarkan pemain yang sebegini bagus terlepas lagi.

No comments:

Post a Comment