Pages

May 23, 2010

SASARAN RAFALUTION 2010 : MICAH RICHARD

Umpama mimpi disiang hari jika Rafa berjaya kebas Micah dari Man City. Ini berikutan Man City adalah pesaing kita untuk Liga Juara-Juara. Lagipun bakat Micah masih belum terserlah sepenuhnya, walaupun telah tenggelam dengan kemasukan Zabaleta. Manakala beliau telah tersingkir dari pemilihan ke Piala Dunia kali ini.

Bak kata orang, belum cuba belum tahu. Jika betul dia tiada masa depan di Man City kerana ada ura-ura Maicon akan dibeli oleh Mancini, apa tunggu lagi. Pemain utiliti ini boleh bermain diposisi bek kanan dan tengah. Kalau dapat boleh letak Micah dikanan dan Glen J main diposisi sayap. Selesai masalah bahagian kanan rasanya.

Saingan untuk dapatkan Micah pastinya sengit. Tapi kalau bersungguh-sungguh mesti jadi punya. Boleh jual Skrtel kepada sesiapa yang berminat untuk tampung kos pembelian. Apapun juga Gary Cahill adalah agenda utama untuk mengreformasikan benteng pertahanan Liverpool.

1 comment:

  1. sangat slow rumors perpindahan keLiverpool...tak sabar nak tunggu Piala dunia abis, untuk sekian kalinya aku tak der team nak sokong tahun ni he he...(bukan penyokong England lagi, kecuali Wain Runi tak main he he)

    ReplyDelete