Ketika Roy Evans melepaskan jawatan Jurulatih bersama dengan Houllier aku tak berasa apa-apa kehilangan. Walaupun beliau adalah pengurus terakhir British di Anfield yang amat konsisten. Zaman beliau walaupun agak tengelam oleh kekuatan Man U tetapi pasukan kita amat menghiburkan dengan permainan cantik. Tetapi Roy evan pergi tanpa sedikit kesedihan dihati keran beliau teramat manjakan pemain Spice Boy yang amat besar kepala atas bawah. Barisan terkuat ialah James, Jones, Wright, Ruddock, Bjornebye, McManaman, Redknapp, Thomas, Barnes, Fowler dan Collymore.
Ketika Houller mengesahkan hendak meninggalkan Anfield saya tidak terkejut kerana beliau amat mementingkan kroni Perancisnya. Malah ramai yang dibawanya amat teruk sekali. Kejayaan Trebel 2001 merupakan klimaks kerjaya beliau di Anfield. Selepas itu beliau telah terumbang ambing untuk mengembalikan pasukan terbaik Liverpool yang dibintangi oleh Westerveld, Babbel, Hencoz, Hyypia, Riise, Murphy, Gerrard, Hamman, Barmby, Owen dan Heskey.
Tetapi apabila Rafa diberitakan telah diberi jalan keluar oleh Pengurusan, saya amat terkilan. Ini kerana bukan sahaja Rafa di kencing oleh Hick yang akan memberikan sokongan moral dan dana, tetapi kita sebagai peminat juga termakan kata-kata kapitalis sialan itu. Rafa sememangnya keras kepala dan juga tidak disukai oleh sebilangan peminat. Namun cara beliau di layan tidak seperti dua orang pengurus sebelum ini.
Moral kelab tidak lagi didukungi oleh cara Liverpool (Liverpool Way). Takkala David Moores menjadi pemilik dulu beliau akan cuba sedaya upaya menghindarkan diri untuk mengecam pengurus dihadapan media. Tetapi pemilik sekarang cuba mengalih publisiti hutang yang mengakibatkan kerosakan kepada kelab dengan mengatakan Rafa tidak berhemah bila berbelanja. Tetapi ramai sedar yang Rafa buku lejar Rafa adalah hampir seimbang untuk proses jual beli pemain. Duit lebihan lesap, masuk tabung hutang mereka.
Jadi saya rasa pengurus baru akan berada dalam era kegelapan sehingga mana kedua-dua pemilik masih menjadikan Liverpool lubuk emas mereka. Jadi sesiapa sahaja yang mahu jadi pengurus harus menerima telur ayam sebagai tanda simbolik untuk pembelian pemain. Mahu tidak mahu pemain berwibawa akan digadai untuk pengurus baru melakukan tranformasi ala kadar. Apa pun sebagai pemiant setia, kita mampu berharap kelab akan dibeli secepat mungkin untuk masa depan yang lebih cemerlang bukan temberang.
sedih beb
ReplyDeleteRafa push diorg untuk dana...which something need to be done. sapa suruh berhutang byk sangat wahai Yanks?
ReplyDeleteBetul tu, dua2 amerika tu lah dok pelingkup duit Liverpool. Buat duit d ANfield, guna duit utk d amerika. Bukankan dua2 amerika ni ada team hockey ais d sana. Kalau tak silap lah. Untung dtg dari anfield, belanja utk amerika. Mana tak melingkup.
ReplyDeletepemilik baru diperlukan. kalau lepas world cup tak de owner baru, memang semua star player blah
ReplyDeleteyang penting...lucas akan blah...x pon duduklah ngko d bangku simpanan...huweeek lucas
ReplyDeleteaku benci rafa dan Lucas... tapi hakikatnya aku lebih bencikan babi amerika dua ekor tu.
ReplyDeleteAmerika memang penyangak ekonomi he he!