Pages

Jun 8, 2010

TUMPANG BAHAGIA

Tepat sekali sangkaan aku. Rafa bakal menjadi pengganti Mourinho di Inter. Tinggal sikit urusan saja lagi yang akan merealisasikan impian itu. Memang beruntung betul Rafa kali ini. Beliau tidak perlu gusar dengan pasukan baru beliau kerana boleh dikatakan amat lengkap dari atas sampai ke bawah. Kesemua pemain bertaraf bintang belaka. Boleh dikatakan semua bakal bermain dalam Piala Dunia nanti.

Cuma harapan saya sebagai peminat Liverpool, mengharap jasa baik beliau membawa pemain kesayangan beliau seperti Lucas, Kuyt, Babel, Skrtel, Degen dan Ngog menikmati keindahan dan kemergelapan kotaraya fesyen Milan. Dan kalau boleh beliau tawarkan harga yang setinggi boleh untuk mendapatkan mereka. Ini kerana selama ini Rafa saja yang mengenali mereka. Umpama jauhari yang mengenal manikam.. Padahal mereka dimata peminat tiada kebolehan luar biasa.

Lagi satu untuk menunjukkan sifat mengenang budi, harap Rafa sila jauhkan persaan untuk membawa mana-mana pemain utama seperti Reina, Agger, Gerrard dan Torres ke Milan. Kalau setakat mahukan Mascherano dan Bennayoun mungkin boleh diberi perhatian, namun sila tukarkan dengan pemain seperti Cambiasso atau Sneider. Walaupun aku lebih sukakan Glen Johson sebab dia pemain bek England yang boleh buat gol, tetapi kalau suap dengan Maicon boleh kira halal.

 

4 comments:

  1. hahahaha


    selamat pergi rafa


    tapi


    sape pengurus baru kita?????????????



    ermmmmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  2. aku stuju sangat2... amik la buah hati nko rafa...lucas tu x bole berenggang lama2 ngan nko...amik...aku bg free...sampaila hajat aku nk tgk tiada nama lucas dalam senarai 11 pemain lepas ni

    ReplyDelete
  3. Rafa selalu berkata Kuyt adalah " a player every manager would love to have in their team". Kalau dah jadi manager Inter, sila buktikan kebenaran itu dengan membawa Kuyt ke Inter. Juga sila bawa sekali si Lucas itu. Jangan cakap tak serupa bikin.

    Good bye Rafa. We dont need you anymore.

    ReplyDelete
  4. Berdebar menantikan kehadiran manager baru dgn harapan dpt memberikan saingan sengit musim depan

    ReplyDelete