Pages

Jun 30, 2010

RAMAI CUTI UNTUK PIALA EUROPA

Untuk perlawanan kelayakan Piala Europa 2010/11, kita bakal kehilangan khidmat pemain dari Belanda, Argentina dan juga Sepanyol berikutan peraturan yang membolehkan pemain yang terbabit dalam Piala Dunia untuk berehat 3 minggu sesudah perlawanan terakhir masing-masing. Perlawanan akan bermula seawall 29 Julai ini, namun begitu undian bakal ditentukan untuk siapa lawan siapa hanya pada 16 Julai.

Jadi Torres, Reina, Mascherano, Maxi, Babel dan Kuyt tidak beraksi untuk pusingan pertama. Jadi tinggallah pemain yang tidak pergi ke Piala Dunia serta pasukan yang tersingkir awal untuk beraksi pada perlawanan itu. Jika Hogdson jadi ditabalkan pengurus besok maka beliau terpaksa memulakan kerja seawal mungkin. Jika tidak Sammy Lee mungkin akan menjadi pengurus sementara terpaksa melakukan yang terbaik.

Untuk itu kita mungkin akan melihat pemain seperti Cavaleari akan menggantikan Reina, Torres digantikan Ngog, Lucas diposisi Mascherano serta Nabil El Zhar berpeluang menunjukkan aksi ditempat Kuyt. Hanya posisi sayap kiri yang agak menggusarkan. Jika Reira masih belum dijual ataupun Jovanovic berjaya dibawa masuk, maka agak selesa sedikit pasukan.

Pusingan pertama mungkin keputusan bergantung kepada kebolehan pemain simpanan. Ini merupakan suatu cabaran getir jika lawan yang dihadapi mungkin agak hebat . Jadi pusingan kedua adalah masa untuk pasukan kita menggunakan pemain utama yang direhatkan sebelum itu. Namun bagi saya Piala Europa agak merugikan jika menjadi keutamaaan. Baik tumpukan kepada Liga untuk kembali bersaing untuk kelompok teratas. Dan berikan peluang kepada pemain simpanan dan pemain remaja untuk beraksi untuk elakkan pemain utama cedera ketika bermain untuk piala yang tak ada maknanya itu.

No comments:

Post a Comment