Apasal kecoh ni. Apa yang heboh sangat pagi hujung minggu ini. Mungkin ada kejutan kot. Ini mungkin khabar angin sahaja atau spekulasi. Tapi bagi saya mungkin berita baik jika betul. Sebabnya banyak gosip yang dalam internet dalam kategori separuh masak, namun kali ini jika membabitkan orang gila judi saya rasa mereka bukan main-main sebab bab duit siapa berani.
Dengar cerita Bookie dah tutup pertaruhan pasal destinasi Joe Cole. Yang gempak ialah Cole mulanya pasti ke Spurs. Banyak sebab utamanya Liga Juara-juara, bekas anak didik Redknap dan kehidupan Kota London. Namun semuanya berakhir dengan pertaruhan dihentikan dengan pasukan kita seri dengan Spurs dari segi pilihan 7/4. Banyak yang musykil tentang itu termasuk peminat kita dan Spurs.
Jadi tak jadi itu belakang punya hal. Yang penting pemain sperti Cole amat diperlukan oleh kita untuk kembalikan ke landasan sebenar. Pengalaman, skill serta yang paling penting semangat dari pemain Inggeris perlu untuk membawa jati diri Liverpool seperti era kegemilangan. Apatah untuk beli semua perlukan harga yang tinggi. Dan peluang terhidang perlu diambil apabila ianya percuma.
Tentang kecederaan tak perlu gusar. Doktor Pakar dari Australia telah berada di Melwood. Aquilani telah pulih dibawah jagaan mereka dan pasal kecederaan Cole mereka tahu apa yang akan diuruskan. Cumanya samada gaji yang diminta lebih kurang £100k seminggu boleh dituruti oleh pengurusan. Kalau semuanya beres dan tiada halangan jersi no. 7 pasti akan jadi milik Joe Cole.
Meremang bulu roma gua sewaktu memandu pagi tadi apabila mendengar berita bahawa Joe Cole akan menyertai Liverpool musim depan...mmmg best giler.lagi best dari Benayoun agaknya si Joe ni!free lak tuh...
ReplyDelete