Pages

Aug 27, 2010

LIVERPOOL 2-1 TRABZONSPOR



Ujian kemasukan ke Liga Europa berjaya dilepasi oleh Liverpool di Turki. Trabzonspor terpaksa akur bahawa pemain simpanan Liverpool masih ada aura pemusnah jua. Pasukan kita dikecewakan seawal minit ke 5, kerana kelalaian Kuyt, Trabzonspor mendahului dengan agregat terikat 1-1. Namun dengan kemasukan Ryan Bebal dan Dani Pacheco merubah segalanya. Minit ke 83, Glen Johnson melakukan rembatan namun ditampan masuk oleh pemain tuan rumah untuk penyamaan 1-1 dan agregat 2-1 buat kita. Lima minit selepas itu Kuyt membalas kembali kesalahan untuk menjaringkan gol kemenangan pagi tadi dan berkesudahn 2-1 dan agregat 3-1.

Ternyata Hodgson telah menyamai rekod Shankley, menang 4 dari 4 perlawanan di Eropah. Rekod ini adalah suatu suratan bahawa pemain kita akan terpaksa mengharungi perlawanan lewat khamis yang memenatkan. Kumpulan untuk setiap pasukan yang layak akan ditentukan pada undian 16 September kelak. Hanya dua wakil dari Liga Perdana termasuk kita ialah Man City. Malang buat Aston Villa yang kandas kepada lawan dari Austria.

5 comments:

  1. Ryan Babel dh semakin OK dh skang.Kita memerlukan gerakan pantas beliau utk melakukan counter-attacking.

    Pacheco mula menunjukkan kematangan dlm setiap perlawanan.

    Nampak mcm Glen Johnson pula jd winger utk perlawanan nie..

    ReplyDelete
  2. stakat ni..
    johnson and babel dh makin bagus..

    http://simple-mzs.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. aku tak kesah sapa yg score...yg penting LIVERPOOL kena menang semua perlawanan...Tunjukkan kpd semua club , Liverpool dah comeback... YNWA....
    http://dredskaki.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. ada live ke?
    akoo bangun pukul 4.00++ tengok takde pun

    ReplyDelete
  5. tgk dlm live stream bro... astro kemut..

    ReplyDelete