Pages

Oct 21, 2010

SAJA NAK BAGI ORANG MARAH



Samada tersalah cakap atau pemberita silap tulis, itu semua dah jadi modal untuk peminat makin membenci Roy Hodgson. Tak pasal-pasal berita tentang Rooney Gemuk nak berambus dari ManYo, dia pula pandai-pandai komen yang sahabat baiknya, Fergie mesti mahu Torres ganti tempat budak gemuk kaki sontot tu. Padahal belum dengar lagi suara Fergie ulas tentang pengganti Rooney. Apa punya tur, ini macam ada niat tak elok nak jual Torres kot sebab penyerang kesukaan peminat itu macam boikot beliau tak mahu sumbat gol. Bagi saya ulasan yang tak perlu macam itu menunjukkan Roy dalam tekanan dan ketakutan yang teramat sangat. Al maklumlah, masa dah suntuk untuk beliau tunjuk kemampuan. Sepatutnya dia memperbetulkan taktik untuk tidak menyusahkan Torres yang terkapai-kapai menungggu bola cantik dari pemain tengah. Sampai pemberita Norway tanya pasal tu dia marah-marah cakap mereka cuba mendesak. Nampak sangatlah dia tak sedar yang dia ada masalah tapi bila orang tegur nak disembur pula. Dengan itu saya teramat yakin yang pemain sedang memboikot Hodgson menyebabkan persembahan dan keputusan amat teruk ini.

2 comments:

  1. Dengar cerita Rooney nak swap saja dgn Torres...tak mungkin... ManU tak ada duit skrg, City mahu beli £50M. Madrid kata mahu dgn €57m + Benzema (Goal.com).

    Tapi mungkin jugak... Liverpool tu kampung Rooney.

    ReplyDelete
  2. Swap ngan Torres. No way.
    Tp kalo Barca mau swap ngan Messi ok.

    ReplyDelete