Pages

Jul 14, 2011

LAWAK BANGANG

Downing : Alex, tolong lepaskan saya ke Liverpool boleh tak, diorang bukan nak minta free, siap tawar harga tinggi lagi. Lagipun saya dah tak nampak halatuju kat sini.

Alex Mcleish : Wei Downing, aku pun dulu hampir-hampir jadi anak buah Alex Ferguson di Man U (sambil idung kembang kempis) , semasa main kat Aberdeen dulu, tapi aku buat dek, dan teruskan hidup. Tengok tak menyesal pun.

Apa yang lawak bangang sangat ialah bila McLeish macam nak ajar ketam jalan lurus, padahal dia juga belah dari kelab tersingkir Birmingham untuk terima jadi pengurus Aston Villa. Malahan Aston Villa siap kena bayar pampasan lagi kepada Birmingham untuk beli baki kontrak . Terimalah hakikat yang Aston Villa adalah kelab sederhana yang hanya jadi destinasi singgahan pemain berkualiti macam Young, Milner dan Downing. Sikit hari kita usik Albrighton bila kontrak dia tinggal setahun.

No comments:

Post a Comment