Pages

Nov 22, 2011

DETIK KECEMERLANGAN



Gol kemenangan keatas Chelsea amat unik sekali bukan kerana kecerdikan Adam membuka ruang atau kehebatan Johnson melarikan bola dan menghasilkan gol. Mari kita lihat bagaimana ianya bermula dan berakhir.



Suarez masuk dari tengah untuk berinteraksi dengan Downing dan Enrique dan menyebabkan pemain tengah danbek Chelsea terpaksa injak sedikit ke Kanan untuk mengikuti pergerakan Suarez.



Tengok Suarez dan Henderson bermain bola pendek sambil di awasi oleh David Luiz dan Terry. Dalam keadaan itu Kuyt melakukan larian untuk meminta bola. Cole terpaksa mengejar Kuyt untuk menutup ruang.



Lubuk telah dibuka dan Johnson nampak banyak ikan disana. Hanya Moulada yang berada berdekatan. Detik itulah Adam melakukan hantaran lambung kearah Johnson dan selepas itu semuanya jadi sejarah.

4 comments:

  1. nice i like.dah nampak kelemahan chelsea.diorg tutup rapat ruang tapi diorang lupa nak pagar johnson. teringat plak kar xabi masa die main dgn liverpool dulu. harap2 adam boleh baca banyak ruang kosong pasal man city pun macam chelsea jugak tapi tengah dan wing city jauh lebih pantas

    ReplyDelete
  2. kalau musim lepas, bila torres keluar, baru liverpool gol (meireles sumbat). musim nie, bila torres & meireles masuk, baru liverpool gol (johnson sumbat).
    Pengajaran buat manager chelsea, bila lwn dgn liverpool, jgn kasi bekas pemain liverpool main. kalau tak, mesti tak menang2 la punya sampai bila2. hehehe...

    ReplyDelete