Pages
▼
Dec 31, 2011
LIVERPOOL 3-1 NEWCASTLE
Sebelum ini benda percuma memang macam hampeh. Tapi tidak bagi Bellamy. Kebagusan beliau masih tak luntur walaupun telah dibuang bagai kain buruk oleh Mancini. Kenny bagai dapat rezeki terpijak musim ini. Apalagi mahu dengan pemain berpengalaman yang sanggup bersabar dibangku simpanan dan beri yang terbaik dikala diberi peluang. Ini contoh pemain yang harus diikiuti oleh pemain muda Liverpool kalau mahu berjaya hingga hujung usia. Gol Bellamy pagi tadi memang terbaik dan yang paling saya suka adalah gol kedua beliau yang membuatkan bek dan goli Newcastle hilang punca.
Walaupun diberi 30 minit penampilan, kemasukan Gerrard telah memukau sekalian peminat di Anfield dan di depan TV serta PC. Saya dah tulis dalam entri sebelum perlawanan yang kapten kita itu memang akan bawa badi kepada Newcastle punya. Tepat sangkaan saya, gol peribadi beliau dan ketiga Liverpool macam gerakan beliau muda-muda dulu, main satu dua dan meluru kedalam kotak dan rembat leret hingga goli Newcastle ternganga. Lagi satu yang saya amat rasakan yang kapten kita itu juga tahu macamana nak bagi bola cantik kepada Carroll. Cuma Carroll saja tak bernasib baik dihalang oleh bek lawan. Tapi Carroll juga nyaris menjaringkan gol bilamana beliau mengambil-alih tugas Suarez menembak palang. Nampak gayanya Carroll dah makin dapat rentak dan perlu kerja keras sikit lagi.
Cuma saya tak puashati dengan dua insiden yang nampak sangat pengadil macam siyal. Pertama Cabaye patut dapat kad mereka kerana memijak Spearing. Yang itu mungkin pengadil tak berapa nak jelas, tapi insiden Bellamy disiku Collocini sampai berdarah muka dan terpaksa direhatkan nampak sangat pengadil apa ntah nama memang macam nak bagi peluang kat Newcastle. Apapun nasib baik pasukan kita menang, kalau tak mesti ramai yang akan kutuk pengadil kayu itu. Harap momentum kemenangan dapat diteruskan selepas ini. Lawan Man City pula lepas ini. Tapi apa nak heran, kita buang mata dengan pasukan ceroi, tapi dengan pasukan atas kita pancung habis. Tunggu dan lihat kalau tak percaya.
Gumbira krn sbb ak predict salah. Aku predict seri je sekali menang.
ReplyDeleteMasuk Gerrard je rentak permainan nmpak makin rancak. Yang paling sayang, Carroll x ambik peluang cross yg Gerrard bg lawa2. Kalo Gerrard konsisten boleh bg servis mcm tu, lepas nie Carroll akan dpt buat bnyk Gol.
Salam...aku pun tak puashati pasal referee...Spearing kena tu depan mata je..boleh die tak nampak..rabun dekat kot..huhu..anyway..pokdin, aku pon predict salah jugak....ingatkan seri..sekali masuk Gerrard terus lain game...hahah..nampak kan kualiti crossing pemain lain bila gerrard masuk...anyway...next game kita belasah MCity!!! YNWA.
ReplyDeleteSaya masih ingat apabila saya menonton perlawanan itu, saya pergi kepada kawan baik saya ada Perumahan dan saya menyaksikan permainan di sana, ia adalah permainan yang sangat baik dan rakan saya dan saya menikmati banyak!!...
ReplyDelete