Pages

Jan 13, 2012

LIVERPOOL LAWAN STOKE


Hari ini hari kemerdekaan bagi saya setelah hampir dua minggu di bumi Veitnam. Pergi bekerja di sini tak sama dengan datang makan angin melawat lembah mekong atau melawat tempat bersejarah negara bekas jajahan Perancis ini. Saya bukan nak kutuk tapi budaya "aku peduli apa" dan buat kerja bila bos ada dan mengular bila bos takada. Ini sebab mengapa mereka masih jauh untuk membangun berbanding Malaysia. Pening kepala nak tunjuk-ajar kerana tak ramai yang faham dan reti cakap Inggeris. Macam ayam cakap dengan itik. Tensen siot.

Kalau di KL atau mana-mana Bandar besar jem disebabkan oleh Kereta dan penggankutan awam, tapi kat sini terbalik kot. Motosikal paling banyak dan jem berpunca dari mereka. Lagi satu lampu traffik ada macam takada, dan ikut suka simpang mana nak masuk dan traffik cacamerba bersimpang siur. Nak tulis panjang pasal Veitnam 7 hari tujuh malam pun tak habis, tapi sesiapa yang nak ke Ho Chi Min @ Saigon boleh pm saya jika ada masalah nak cari makana halal. Sebab saya ada geng Melayu Champa yang memang baik hati nak tolong cari tempat makan halal dan boleh jadi pemandu pelancung juga.

Maaf mukadimah pasal Veitnam agak panjang dan berbalik cerita pasal Liverpool pula. Esok pasukan kita akan lawan Stoke di Anfield. Semenjak dua menjak ini pasukan Stoke memang agak berbadi dengan kita. Walaupun kita berjaya menapau mereka 3-1 dalam Piala Liga sebelum ini, tapi dalam perlawanan Liga kita tewas di padang mereka 1-0. Corak permainan mereka tak sempoi mana. Mereka main agresif dan bila ada peluang hantar bola tinggi untuk Crouch. Selain Crouch cuma dua pemain yang mencuri tumpuan bagi pasukan Stoke. Pertama Rory Delap yang selalu buat lontaran jauh dan seorang lagi ialah pemain kesukaan Football Fantasy saya tak lain tak bukan Etherington.

Menurut sumber dari Melwood, Spearing mungkin bermain dan harap sangat dia boleh main sebab selain Lucas kita tiada pemain yang boleh jaga keselamatan bek kita. Kalau Spearing tak boleh main saya harap lebih baik Kenny guna taktik 3-5-2 macam masa kita memang 3-1 dengan mereka sebelum ini. Kalau dalam mod serangan Enrique dan Johnson boleh menyerbu dari bawah dan bila nak bertahan mereka akan membantu Carra, Skrtel dan Agger. Pemain tengah saya tak kisah sangat kerana kombinasi Gerrard, Adam dan Henderson dah Ok. Pilihan samada letak Bellamy atau Maxi untuk bergandingan dengan Carroll. Mudahkan, tapi itu kalau saya pengurus Liverpool. Kenny mungkin ada pilihan dia sendiri.

Maka dengan kembalinya saya dari Veitnam sabtu ini, maka akan dapatlah melayan perlawanan itu jika ada  dalam cenel Astro di kedai Mamak berhampiran. Sambil lepas geram tibai nasik kandaq, boleh layan tengok  siarang lansung sebab layan kat sini jenuh refresh sebab internet di Veitnam macam hampeh. Kali ini saya jangka pasukan kita tak ada masalah nak balun Stoke, tapi kena berhati-hati juga macam lawan Man City. Yang penting jika mahu tiga mata, jangan dok gatal nak bagi sepakan percuma kat Stoke kerana mereka amat pandai guna peluang itu nak buat gol. YNWA dari Saigon
   


8 comments:

  1. ada buah tangan x dari vietnam? hehehehe

    ReplyDelete
  2. akmal: x beli byk sbb souvenior mahal... keychain & fridge magnet ader.. nak kena mai Penang hehehee...

    ReplyDelete
  3. 3-1
    Liverpool/Stoke City

    heheheee...score yg sma...

    ReplyDelete
  4. ia adalah permainan yang sangat baik oleh Suarez dan Kuyt, dan kursus untuk ketua pasukan, Steven Gerrard yang sentiasa bermain sangat baik dan dia adalah pemain kegemaran saya di Liverpool, saya mengagumi beliau banyak

    ReplyDelete