Pages
▼
Jan 26, 2012
PIALA LIGA: LIVERPOOL 2-2 MAN CITY (3-2 AGREGAT)
Nampak gayanya ugutan Kenny menjadi. Kesemua pemain kecut telor dan main macam nak gila. Lagi satu fakta yang paling sempoi ialah pasukan kita main baik kerana Carroll tak main. Itulah nak habaq mai, beli penyerang harga berpuluh juta pun, yang percuma juga amat berjasa. Lagipun corak permainan kita nampak lebih agresif dan tempo permainan yang laju. Ini kalau ada Suarez dalam korum, pergh tak dapat bayangkan bagaimana azabnya pasukan lawan nak hadapi Liverpool kelak.
Namun dalam dok seronok layak ke Wembley, perangai buruk pemain kita masih ada juga. Adam nyaris bagi malu kerana tendang kaki Dzeko dalam kotak penalti. Nasib baik pengadil buat-buat tak nampak dan tak bagi penalti kat Man City. Lagi satu hantaran sesetengah pemain agak kelam-kabut dan asyik nak hantar bola kedepan awal sangat. Awat diorang ingat Bellamy tu kuda joki yang boleh ligan tang mana bola sampai. Nasib baik Kompany tak main, kalau tak mampuih kena tenyeh Bellamy.
Harapan nak pegang piala setelah sangap bertahun-tahun amat dirasai. Ingat lagi saya Piala cikai inilah yang nampak Liverpool memang bila mula-mula saya minat Liverpool tak silap saya tahun 1996 kot. Lepas itu piala ini lagi dapat masa zaman Houllier dan piala cikai ini jadi piala pertama kita dapat dan selepas itu kita balun Piala FA dan UEFA. Maknanya piala ini mungkin pembuka selera untuk kita dapatkan Piala FA dan itu akan kita cuba dapatkan dengan menewaskan Setan Merah nanti.
xsempat nk tgk game pagi tadi coz pagi tu ade urusan...so bangun2 tido jek trus check result...trus tersenyum sampai ke petang...hahahahah...tahniah pd team yg layak ke final...hope dpt la cup carling ni,wpon org ckp cikai pnye cup..lantak la...jnji menang...salute pd org tua yg free,MR BELLAMY...YNWA...(jfkberger)
ReplyDeleteBiar orang kata piala cikai...diorang tu piala cikai pun kalah..hahah..Wembley kami datang!
ReplyDeleteSetuju dengan tokeysiber. Piala Liga sesuai diberi nama jolokan Pila Pembuka Selera. Hidangan utama mungkin Piala Liga Juara-Juara Eropah. :YNWA!
ReplyDeletesetuju dengan komen korang sumer..! ;-D
ReplyDeletebl suarez dpt diturunkan
ReplyDeleteże był to bardzo dobra gra, Ii pamiętam to tak dobrze, ponieważ dokładny dzień, moja dziewczyna i ja mieliśmy czwartą rocznicę i udaliśmy się na stadion razem, cieszyliśmy się tak bardzo, my bawiliśmy się świetnie razem
ReplyDelete