Pages

Feb 8, 2012

LIVERPOOL 0-0 SPURS


Saya rasa inilah persembahan terbaik pasukan kita walaupun pasukan kita berhak menang jika Carroll mandi bunga sebelum perlawanan. Hanya 3 perkara yang saya rasa amat penting walaupun sekadar dapat 1 mata.

Agger dan Skrtel.
Gandingan ini dalah termantap dari segi keperluan pertahanan. Skrtel dengan gaya kasar dan pembuli manakala Agger lebih kepada libero yang membuka permaian dari bawah. Tengok sampaikan Adebayor kena tukar sebab Skrtel dah simpan dalam kocek pemain yang pernah menghuru-harakan kita sebelum ini. Malah bersyukur juga musim ini Agger belum lagi buat hal lama asyik MC kalau tak susah nak tengok keserasian mereka berdua.

Kebangkitan Adam.
Pemain paling meningkat bukannya Carroll, tapi Adam. Walaupun masih lembab tapi dia main cerdik kali ini dan tidak lagi dibuli oleh pemain tengah Spurs. Malah beliau berganding baik dengan Spearing dan banyak kali menyentak serangan dan pergerakan Modric di tengah. Kalau nak dibandingkan dengan Jan Molby saya rasa ada persamaan kerana Molby juga kurang Mobiliti dan punyai hantaran sejenis dengan Adam, cuma Adam perlu belajar macamana Molby pandai membuat penilaian samada melakukan hantaran hollywood atau hantaran pendek kepada rakan.

Kembalinya Suarez.
Tak perlu nak cakap macamanaya seronoknya semua peminat tengok kembalinya hero kita ini. Masuk dah nak habis perlawanan tapi macam-macam huru-hara dia buat kat permain Spurs. Ini termasuklah rembatan ke perut Parker yang tiada disengajakan. Saya rasa ke Old Trafford nanti Suarez pasti akan berikan ketidak selesaan kepada bukan sahaja Evra, tapi kepada barisan pertahanan Man U yang tak sehebat mana.

3 comments:

  1. salam bro...tgk gua streaming ke bro..blh kasi link x..mcm ctik je pic bro ni...

    ReplyDelete
  2. rooney sibuk je komen pasal suarez.. rooney is shrek!! nanti kau! suarez kokak rambut kau bg botak licin!! hahahaha!!! YNWA!!

    ReplyDelete
  3. Shrek takut aksi Suarez masa kalahkan MUnyet kat old Tolet musim lalu. 5 orang kena sayur, so dia cuba ler tarik perhatian suruh FA siasat supaya Suarez kn gantung & x dpt main.

    X der Suarez pun dah kn sayur, inikan ada dia. Mesti menggeletar Evra nnti.

    ReplyDelete