Pages

Feb 9, 2012

PALING COROT


Statistik tak menipu dan kita boleh tengok sendiri berapa hampeh unit serangan kita. Itu pun Kenny dan pihak pengurusan masih belum terasa nak melabur perpindahan sebelum ini. Andy Carroll memang sedia bekerja keras pada masakini dan begitu juga Suarez yang mungkin akan menambah gol buat selepas ini tetapi mereka berdua paling banyak mempersia-siakan peluang. Suarez saya boleh bagi muka kerana dia bekerja keras diluar kotak penalti, tetapi prestasi Carroll hanya boleh diiktiraf dengan bilangan gol kerana benda lain dia tak reti nak buat.

Selemau-lemau Emile Heskey dia banyak juga buat kebajikan kepada Mikey Owen pada awal karier, malah gol dia pun lebih dari sepuluh .Tapi Carroll nampak gaya setara Erik Meijer, badan nampak macam ahli gusti tapi akai tak berapa nak jalan. Walaupun saya kutuk Carroll selagi mana dia masih pemain kita saya mahukan yang terbaik, tapi dia juga kena beberja keras tetapi pada masa yang sama kena main guna otak sama. Bukan apa saya tengok dia kadang-kadang tanduk bola nak cari siapa pun tak tahu. Paling seram ialah tengok Carroll tampan bola sampai melantun berjela-jela jauh dari kaki dan hantaran dia tak cermat.

Saya harap sementara nak beli penyerang baru musim depan (memang wajib beli, bukan sunat atau harus lagi dah), Kenny dan Clark kena buat latih-tubi dan bancuh Carroll hingga dia tahu macamana nak jolok bola dalam jaring. Bagi saya pihak kejurulatihan pergi cari video Van Nilsteroy dan muat-turun bagi Carroll tengok dan belajar macamana pemain malas yang muka macam kuda itu boleh cilok gol banyak. Kadang-kadang teknik ala Rafa main layan-layan video ini mungkin boleh jadi alat bantuan mengajar untuk mengajar penyerang yang malu-malu nak jaringkan gol.

2 comments:

  1. bagi aq caroll tetap aset pnting liverpool sbb beliau sgt berguna apabila corner dan crossing. tgk la betapa gelabah pemain lawan bila caroll kt dpn.
    cume die kne kje kuat lagi dan tambah kuasa kuda supaya simbolik pada gaya rambut die..

    ReplyDelete
  2. sejak masuk liverpool carrol malu malu nak shoot terus ke gol.padahal kat newcastle dulu dapat bola terus shoot takde tunggu2 lagi.carrol patut tengok video dia dulu2 cuba cari apa yang hilang dalam diri dia

    ReplyDelete