Pages

Feb 10, 2012

LIVERPOOL LAWAN MAN U


Prestasi pasukan kita nampaknya kian konsisten. Banyak perkara positif setelah perlawanan dengan Spurs berlalu. Adam dan Carroll adalah dua insan yang paling menonjol kerana sebelum ini mereka teramat hampeh sekali. Begitu juga dengan corak permainan pasukan kita kian mantap dan kalau teruskan begini saya rasa kita takkan buang mata banyak lepas ini. Cuma perkara pokok yang perlu diperbaiki ialah penyudah yang amat lemah dari penyerang kita.

Dipihak Man U hal perkauman masih jadi buah mulut. Pergi mampuslah, malas nak cerita panjang tentang masalah ini kerana Suarez dah pun habis penggantungan. Siapa pihak yang benar, masing-masing punyai pandangan tersendiri dan saya harap tiada lagi ulangan insiden seperti ini. Cuma kehadiran Suarez di Old Trafford pastinya akan mendapat perhatian lebih dari peminat Setan Merah yang akan cuba mensaiko Suarez. Dan firasat saya, Ferguson juga ada niat tertentu dan akan cari jalan supaya pemain kita itu tak boleh main dengan tenang. Mungkin dia akan suruh pemain Man U melakukan provokasi supaya Suarez buat sesuatu yang boleh jadi bunga taik.

Saya tak pasti Enrique sudah pulih atau tidak, tetapi barisan pertahanan kita juga mantap dengan gandingan Johnson, Kelly, Agger dan Skrtel. Rombakan bahagian tengah juga mungkin tipis kerana Adam, Spearing dan Gerrard memang unggul sebelum ini. Cuma sekarang tidak pasti barisan sayap dan serangan kerana pilihan tak terbatas dikalangan Bellamy, Downing, Kuyt, Suarez, Maxi dan Carroll. Kalau saya jadi Kenny, pastinya saya juga pening kerana semua pemain punyai kehebatan masing-masing. Tapi adalah lebih baik masukkan gandingan Bellamy, Carroll dan Suarez kerana bek Man U tak sehebat mana tengok lawan Chelsea, mereka berharap kepada tuah De Gea.

Kalau boleh nak tengok pasukan kita menang macam musim 2008/09 dulu 4-1 di Trafford. Tapi kualiti sekarang dah tak sama ketika kita ada Alonso, Masherano, Torres dan juga tak dilupakan Dossena. Namun kalau nasib disebelah kita dan pengadil bukan Howard Webb, saya rasa nak menang memang tak ada masalah. Ini kerana pemain utama Man U masih ramai yang cuti sakit. Walaupun tak berapa optimis kali ini, tapi saya tetap yakin pasukan kita boleh buat kejutan. Kita menang 1-0 hasil jaringan sendiri Evra minit ke 90+4. Boleh macam tu.

9 comments:

  1. Klaulah Evra tlg Score... Mau rasanya ada yg tak mngaku dia org penyokong MUnyet. hehehhehe

    ReplyDelete
  2. ManCISter Utd 0-1 Liverpool, Evra kad merah. :YNWA!

    ReplyDelete
  3. man u 0 liverpool 5
    mintit gol: suarez (3) evra (8)(og) suarez (20) evra (45+)(og) suarez(80)

    YNWA/

    ReplyDelete
  4. 5-0? melampau kot.. 2-0 Insyaallah sebab suarez 1, evra (OG) 1!

    ReplyDelete
  5. Main kat MU memang susah nk menang tp bukan mustahil.

    MU nie kot lagu mana pn mesti akan sumbat 1/2 gol so Liverpool kene la sumbat lg bnyk dari MU.

    Nie line up pilihan aku utk game nih:-

    Pepe Reina
    Glen-Skrtel-Agger-Enrique
    Spearing-Gerrard-Adam
    Suarez-Carroll-Bellamy.

    Sudah tiba masanya bermain dgn 3 striker.Aku rasa kalo Carroll perform mlm nie memang jd kombinasi mantap dah tue.

    Menang pn x bnyk utk game nih. 2-1 je.

    haha.

    -pokdin

    ReplyDelete