Pages

Mar 15, 2012

AKADEMI LIVERPOOL

Bakal kesebelasan masa depan???
Kekalahan 6-0 pasukan akademi kita kepada Ajax ada pengajarannya. Memang betol kekalahan sebanyak itu macam memalukan tapi harus diingat kelab Ajax Armstedam ialah Universiti Boalsepak Dunia. Tengok berapa ramai lulusan Ajax bersepah diserata Eropah. Seedorf, Sjneider, Pieenar, Ibrahimovic, Van der Vart Babel, dan malah Suarez pernah bermain dengan kelab tersohor Belanda itu. Akademi Ajax mempunyai falsafah bolasepak terulung yakni memberikan peluang kepada pemain muda menonjolkan keperibadian dan kebebasan menunjukkan kebolehan masing-masing sejak usia muda.

Nampak sangat pemain muda mereka matang sebelum dewasa. Dari segi kebolehan individu, pasukan kita tak lekeh dari Ajax saya rasa, tapi malang sekali ketahanan mental pemain kita tak sekental jagoan muda dari kelab Belanda itu. Sebab itulah perancangan Rafa Benitez dengan memperkuatkan staf Akademi dengan mengambil jurulatih akademi Barcelona adalah langkah bijak. Ditambah pula dengan kemasukan pemain serata dunia dalam akademi namun tak lepas pandang dengan pemain tempatan adalah perancangn masa depan terbaik. Sebab apa terbaik, kerana selepas ini UEFA bakal mengetatkan undang-undang kuota pemain tempatan taklah pasukan kita gabra nak ikut.

Kadang-kadang kemajuan dan pembangunan akademi untuk melahirkan pemain masa depan perlukan masa yang panjang dan juga kesabaran. Macam kes Sterling, dia masih mentah, tapi tak salah beri peluang bermain sekali sekala sebagai ruang untuk beri pendedahan. Tengok macam Martin Kelly. Kalau nak ikut, dua musim lepas kita dah nampak potensi dia nak jadi hebat. Tapi pemain muda kalau dibiarkan main awal sangat risiko kecederaan bakal membantutkan perkembangan fizikal pemain muda itu. Lagi satu risiko sindrom Michael Owen pasti berulang. Dok rasa hebat sangat pastu nak berambus kejar duit tempat lain. Tengok macam Arsenal, bela anak ayam sempoi-sempoi tapi bila dah jadi ayam sabung jaguh habis kena rembat.


No comments:

Post a Comment