Pages
▼
Mar 23, 2012
LIVERPOOL LAWAN WIGAN
Masih hangat lagi perdebatan dalam komentar blog ini. Bagus ini maknanya peminat Liverpool bukan macam peminat jadian Man U, Arsenal, Chelsea atau QPR. Budaya pemikiran kritis adalah salah satu aspek betapa peminat Liverpool amat serius dalam memperkatakan perihal bolasepak. Kalah, Menang atau Seri pasukan kita tetap peminat setia, tiada siapa boleh pertikai samada anda peminat yang pakai jersi ori dari Liverpool Store mahupun marhaen yang beli jersi siam kat pasar malam. Bolasepak adalah sukan golongan kelas pekerja, jadi ianya adalah aspek sosialisma masyarakat dan ianya lebih manafaat dari kita dok cerita gosip artis kawin, cerai dan lain-lain benda lagho.
Sebelum kita teruskan kepada perlawanan akan datang, kisah silam dilupa jangan. Bila memang jadikan inspirasi, tapi kalau dah kalah kena siasat tengok apa yang tak kena. Lama dah dok perhati tapi malas nak cakap sebelum ini kerana setiap pemain ada hari malang mereka. Macam falsafah bolasepak "Kelas tetap kekal prestasi hanya sementara". Kita boleh tuduh pemain ini hampeh, pemain tu haprak. Tapi kisah belakang tabir hanya segelintir sahaja peminat, blogger mahupun wartawan yang tahu apa yang jadi masa latihan di Melwood. Saya pun bukan ada sumber dalaman tapi penilaian saya adalah melalui pembacaan serta pengalaman sendiri dalam mengikuti pasukan kesayangan saya ini selama hampir 18 tahun. Ya 18 tahun penuh dengan cerita sedih lebih dari cerita seronok yang datang sekali sekala.
Ok teruskan kepada perlawanan lawan Wigan. Saya takut dah nak buat andaian optimis kerana ada sesetengah peminat yang tersinggung dengan cara saya angkat pasukan pada setiap entri pra-perlawanan. Memanglah, acapkali nak lawan mesti kita ingat pasukan kita sempoi sangat boleh taram pasukan ini pasukan itu, padahal banyak juga kelemahan diri yang belum dinilai untuk buat perbandingan. Bagi semua pasukan Wigan, memang mereka dah nampak lubang nak jatuh ke Liga Kejuaraan dah tak boleh nak elak, namun depa mesti cari jalan nak elak dan kalau boleh nak berpaut tepi lubang sampai habis musim dan lawan tetap lawan. Jadi mereka akan main macam Singa yang luka, dan harap nasib akan menyebelahi kerja keras mereka.
Macam pendapat pengkomen dalam entri sebelum ini, pemain kita akan cemas ketika lawan ambil sepakan sudut. Zaman Rafa ramai kritik pasal sistem jaga zon ketika sepakan sudut, namun hanya sedikit sahaja gol lobos dari situasi itu. Tapi masa Kenny sistem lama dipakai malah lebih teruk pula. Apa yang saya nampak ialah pemain yang mempunyai mentaliti pertahanan ala Lucas perlu lebih dari seorang dalam kesebelasan utama. Nampak sangat dalam keadaan tertekan bila lawan melimpahi kawasan kubu kita, tak ada pemain yang cepat-cepat turun mematahkan serangan lawan, lebih-lebih lagi bola lambung. Trio Gerrard-Henderson-Spearing amat terdedah apabila lawan tukar strategi main mod serangan udara. Jadi lawan Wigan nanti aspek ini jangan diabaikan, kalau tak padah akibatnya.
Untuk itu saya nak biar kita main teruk tapi dapat mata penuh dari main cantik tapi habuk pun takda. Dah tak sampai 9 perlawanan lagi untuk perlawanan liga. Setiap mata adalah lebih berharga untuk elak dipintas oleh pasukan bawah. Kemenangan dengan Wigan sangat perlu tambah-tambah pula lawan kat Anfield. Feberet atau tidak Wigan tak akan bagi pasukan kita memang tanpa bekerja keras. Jadi saya harap biar lah menang 1-0 sampai habis perlawanan, dari mendahului 2-0 tapi lemah syahwat diminit akhir. #YNWA
liv 3 - wigan 1
ReplyDeleteLiverpool 2-0 Wigan. :YNWA!
ReplyDeletelfc 3-2 wigan
ReplyDeleteLiverpool 3 - 1 Wigan
ReplyDelete1 gol bolos mase corner/free kick.
Liverpool 2-0 Wigan
ReplyDeleteliv 2 wigan 0...hrap2 kali dh sedaq kot drpd mstake2 sblom nie
ReplyDeletedah ramai sgt injured yang pasti liverpool mesti bolos...tapi nasib liverpool mampu score dua...kali ni skertel mungkin score walaupon tak terbang macam coates he he lagi satu gol gerrad score..mungkin penalti kot
ReplyDeleteringkas citer 2-1