Pages
▼
Apr 14, 2012
SEMI FINAL FA: LIVERPOOL 2-1 EVERTON
Setelah berpuluh kali melepaskan peluang sesama sendiri akhirnya Suarez dan Carroll menyelamatkan maruah Liverpool dengan menjaringkan gol seorang sebiji. Paling menonjol diantara mereka tentulah Carroll. Momentum kesungguhan beliau ketika lawan Blackburn masih terbawa-bawa dalam perlawanan ini. Tahniah, itu yang peminat mahukan bila dikritik bekerja lebih kuat untuk memberikan paku buah keras kepada sesiapa sahaja yang tidak menghargai kebolehan dia. Kalau inilah yang ditunjukkan dari awal musim, tak siapa peduli tandaharga pembelian beliau.
Baru kini nampak Kenny lebih positif dalam mengolah taktik. Agger masuk menggantikan Enrique untuk menambahkan kekuatan pertahanan. Malah meletakan Downing disebelah kanan untuk menindas Baines amat berkesan kerana membuatkan Baines tiada masa untuk membantu serangan. Tapi yang paling berkesan ialah memasukkan Maxi dan Bellamy disaat memerlukan kemenangan membuatkan Liverpool menguasai perlawanan sehingga wisel penamat ditiup. Secara keseluruhan Liverpool mengatasi Everton bukan dari segi taktikal namun moral pasukan kita lebih kuat dari Everton yang mengaku kalah selepas Suarez menjaringkan gol penyamaan
Perlawanan akhir lagi sekali Liverpool akan menjejakkan kaki ke Wembely. Lawan kita di Final antara Chelsea dan Spurs. Saya lebih gemar Chelsea dari Spurs kerana musim ini Chelsea adalah lauk kita dan Spurs menjadi badi. Jadi sementara menunggu ke Final diharap kesemua pihak dapat kembali menumpukan kepada baki perlawanan Liga Perdana. Kalau boleh teruskan prestasi sekarang untuk menapak naik kembali ketangga liga mengatasi Everton.
Tentu Kenny pening kepala memikirkan nasib si Carroll musim hadapan. Carroll sering hadir memberikan gol ketika saat memerlukan. Bellamy dan Maxi harus dikekalkan buat semusim lagi. Saya juga lebih suka Liverpool bertemu Chelsea di perlawanan akhir nanti. :YNWA!
ReplyDeletetahniah buat pasukan...maruah kita masih bernyawa lagi utk piala FA pulak..hrap2 dpt la genggam 2 piala season ni utk tutup kedudukan liga yg sayup2 tu..bg aku game td mmg mendebarkan..aku mmg gabra bile tgk brad jones pgang bola...ilang confident kt keeper kite tu..tp pape pon kredit to all players yg dh pon bwk team g final..carrol mlm ni npk bekerja keras utk pasukan..itulah yg perlu utk menutup kelemahan yg dia ade dan menggunakan kepala dia yg mmg terbukti tu utk peluang yg ade...downing plak bg aku mmg bagus utk change side ke kanan..npk solid...cume spearing je yg membimbangkan,cpt gabra dan mudah lepaskan bola,cume dia ni rajin kejar bola tp cpt hilang posisi..kemasukan maxi yg magic mmg aku tunggu2kn..nyaris dpt gol,tp tiang plak yg dituju..dia mmg magic bile dlm kotak penalti...suarez mcm biase,kuar kan skill pelik n ajaib nye utk huru hara kan defender lawan..k la..pape pon tahniah wat pasukan dan hrap dpt la kita bawak balik piala FA utk koleksi team & menutup season ni dengan perasaan bangga...Y.N.W.A (mr.jfkberger)
ReplyDeleteOk lah game td!! But still dispointed dgn carragher.. Ngeri weh bile ngok everton serang.. Huhu.. Pape pun, final result is important.. #YNWA
ReplyDeleterasanya aku lebih konfiden bila jones jadi keeper berbanding reina kalau tgk pada perlawanan tadi, sekurang kurang nya dia cuba dive bukan melangok bila orang try dengan harapan bola tu keluar
ReplyDeleteaku cuma cuak bila caragher ada dalam senarai dan terbukti memang kantoi benar, dan nampak pertahanan cukup kelam kabut
Carrol dah jumpa semangat yang hilang
aku suka kita dah jumpa magic gol last minit yang biasa kita dapat masa zaman rafa dulu...
maxi hampir2 dapat gol mamat tu ada tektik halimunan tetiba ajer dah ada depan gol
badi palang masih melekat segar ngan liverpool yang ni rasanya team lain dah tak dapat lawan liverpool he he
cuma harap sindrom berangan dengan perlawanan akhir ni tak berjangkit dalam liga harap terus fokus...dan beri pendedahan pada pemain muda
Liverpool dan palang takleh dipisahkan *geleng2
Deletebola cium palang tu mcm da biasa da, takleh dinafikan
anyway selama di rmi yg dok caci maki Kheroll, boo-ing Suarez, arini depala hero sbnar ye gak? :DD